Saturday, November 10, 2012

AKAN DATANG

Hai RAJA,
Lama sudah kau tertidur,
Hingga lupa pada kuda,
Sampai lemah tak berdaya!

Hidupkan semula gagahnya,
Kilatkan kembali ladamnya,
Ayuh gegarkan pancaindera,
Agar terus tak terleka!

Ketuk sepak terajang,
Asal katak keluar tempurung,
Fikir mesti panjang,
Insya'allah RajadanKuda kembali menghurung!

Dari Allah yang Maha Pemurah kita memohon agar dijadilan sebagai orang yang bertaqwa...




Tuesday, July 24, 2012

KENAPA SELEMAH ITU?




1. Seorang wanita muslim sedang berbelanja di kawasan yang dikuasai oleh Romawi ketika itu. Ketika dia sedang berjalan, seorang lelaki berbangsa Romawi mengganggunya dengan hanya menyentuh hujung jilbab atau tudungnya sehingga dia secara spontan berteriak,


"Wa Mu'tashamah". !!!!!
(Tolonglah aku wahai Mu'tashim)

2. Setelah sampai sahaja berita ini ke pengetahuan Khalifah Mu'tasim Billah, ribuan tentera langsung dikerah menuju ke Ammuriah tempat wanita itu diganggu.

3. Gelas ditangan yang asalnya ingin diteguk langsung diletak semula dek kerana tersentuh hati dan terbakar ghairah Islamnya.

4. April 838 Masihi menyaksikan bertolaknya tentera Islam dari Baghdad menuju Ammuriyah. Pertempuran pun berlaku. Tentera Islam mengatuk tentera Romawi dan berlanjutan dengan 5 bulan pengepungan kota yang akhirnya kota itu jatuh kembali ke tangan tentera Islam detik 13 Ogos 838M.

5. Langsung tak dihirau, langsung tak diheran, skala peperangan gergasi peragut ribuan jiwa mujahidin dan kuffar. Kerana sayangnya dan rasa tanggungjawabnya, Sang Khalifah lantas menyerang, menyelamat dan membebaskan.

6. Ini kisah dahulu!

7. Lalu sekarang bagaimana? Kuatkah kita? Hebatkah kita? Bersatukah kita?



8. Ini bukan kisah seorang wanita muslim, ini kisah penghapusan etnik ratusan ribu penduduk muslim Rohingya! Ini kisah asimilasi ratusan ribu penduduk Islam Thai! Ini kisah korban jutaan mujahidin pejuang Palestin! Sedang mereka bersabung nyawa, APAKAH YANG MAMPU KITA LAKUKAN? krik4x, sunyi tiba-tiba.




9. Lalu aku bawa semula persoalan pertama kita, KENAPA SELEMAH ITU?

10. Perkaitan adanya Sang Khalifah yang melindung umat di ceruk negara yang lagi satu? Terus, di manakah sang khalifah kita sekarang? Wujudkah dikau? Apa yang engkau lakukan?

11. Tidak! Usah kita berbicara di mana mereka. Negara Islam sedang bertabur rata. Umpama buih di lautan. Kita belum kuat kita belum sedia. Namun sungguh kuat kita lena. Aduhai umat akhir djaman.

12. Cukuplah sekadar itu coret celotehan setelah sekian lama ini. Asal kau orang faham, KENAPA SELEMAH ITU? Kita tiada kekuatan.

13. Lalu apa yang perlu kau dan aku lakukan? Ayuh! Fikir-fikirkan. Tak faham-faham lagikah nombor 1 sampai nombor 12?!!

14. Ayuh! Bakar semula ghairah Islam, tak terbela saudara se-Islam kalau tak cakna hati yang asyik lara.





Sunday, May 13, 2012

TAHNIAH PASUKAN REMAJA HOKI MALAYSIA

FT Malaysia 2-1 Pakistan
Final hoki Piala Remaja Asia 2012


1. Selalu time remaja-remaja ni lah Malaysia banak kuasai sukan.

2. Awat? Parent tak bagi terus sambung sukan sebagai kerjaya kot. Tipikal Malaysian.

3. Pape pun, Tahniah!

HUDUD PASCA MERDEKA?



1. Baru-baru ni aku terbaca akhbar milik kerajaan yang pembacanya seantero Malaysia. Akhbar yang pro kerajaan dan sentiasa mengeluarkan kenyataan senget sebelah. Namun masih mengaku sebagai yang paling relevan memperjuangkan suara demokrasi. Makin dibaca, makin hairan dan meloya.

2. Kali ini isunya masih dalam kelongsong peluru yang sama, seperti sudah tidak ada model senjata yang lebih tinggi teknologi. Teknologi yang membuka minda membuka hati, setelah tersedar teknologi yang lama itu sudahlayak dilabel kuno dan hanya menyesatkan peluru semata-mata. Isu perjuangan islam berkenaan hudud dan akibatnya kepada bukan/belum muslim.

3. Yang aku mahu goreskan di sini, bukan lah berkenaan kefahaman si pengerusi DAP, Karpal Singh itu. Dia tu memanglah bukan islam, yang dia faham, barangkali satu per seribu yang kita orang islam faham. Dia melatah, dia menggugah, biarkan lah dia.

4. Dah tu, apa yang harus kau lakukan? Isu hudud yang sudah sekian lama terpaut sebagai His order ini, sudah seterang-terangnya perangkaan untuk umat islam! Mengapa harus dimainkan isu sebegitu? Dikhabarkan seolah-olah sang wartawan juga langsung tidak tahu berkenaan hudud itu! Kalau tak tahu, jangan menulis, ini etika kewartawanan yang hidangannya dihidu ditelan oleh 28 juta rakyat Malaysia. Haruslah diteliti betul2.

5. Sudahlah kawan bukan/belum Islam itu tidak mengerti, lagi dimainkan isu ini. Kesannya? Dengan melayu-melayu 'sempit' yang kononnya dah agama dengan puasa dan solat 5 waktu ini juga turut terpunah ranah rindu dan yakin mereka terhadap undang-undang penjamin keamanan versi biah islam.

6. Kan bagus kalau diterangkan begini, " Hai Karpal, apa yang TG Hadi kata tu, kau tak perlu risau, walau aku berlainan partai politiku dengan engkau, tapi aku Islam, dan kenyataannya itu hanyalah untuk Islam, apa kau perlu risau?", macam-macam!

7. Nasihat aku buat pergerakan politik di Malaysia, kau mainlah apa isu yang dimahukan sekali pun, kau tembak lah apa-apa sekali pun, demi kau nak menang, nak jatuhkan lawan kau. Dengan syarat! Apa yang kau nak main tu tak pihak hukum Tuhan, apa yang kau tembak tu bukan agama kau sendiri, apa yang kau sandarkan untuk kemenangan itu haruslah untuk another kemenangan, kemenangan di akhirat pula. Disandarkan kepada nak tegakkan keadilan, menjatuhkan taghut! Bukan menyambung penguasaan pangkat dan harta, untuk suapan kroni mahupun shopping si isteri!

8. Aku bukan penyokong mana-mana parti politik, aku nutral. Namun harus diingati, nutral engaku atau aku ini, haruslah neutral yang kritikal, bukan neutral yang lalang! Mana yang menang walau dengan kekotoran, di situlah medan perjuangan engkau.

9. Akhir kata, hudud ini tidak ada bezanya dari dulu hingga sekarang. Yang berubah hanyalah persekitaran, hukum tetap asal selagi tidak ada maslahah lain yang lebih membara. Adakah kerana kita sudah merdeka, rakyat pula bercampur berbilang kaum, yang islam jadi 'macam' islam, yang bukan islam bertambah menjadi-jadi 'macam islam', adakah bermakna HUDUD ini lain terus perangkaannya? Sudah langsung tidak perlu diambil kira?

10. Bak kata His Majesty of Brunei in enforcing Islamic law, "Who are we to wait?".

11. Renung-renungkan dan selamat beramal~



DESAKAN PERKASA



1. Ada dua golongan manusia yang menyambut takallif suruhan sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.

2. Ada yang melakukan semata-mata iman dan islamnya dia, ada pula yang melakukan kerana berbagai jenis desakan yang berteman kefahaman.

3. Ya! kefahaman, yang lebih, tentang mengapa dia perlu sentiasa menyegarkan islam dalam dirinya, memperkasakan iman sebagai bukti kejelasan pengabadiannya.

4. Desakan memperkasa diri yang berasaskan kefahaman ini datang dalam berbagai rupa, yang aku fahami terbahagi kepada tiga macam desakan. Takut, harap dan cinta.

5. Bagaimana pula? Melalui rasa takut, penaruhan harapan, dan juga usaha memikat yang ditonjolkan tatkala menunggu balasan cinta, bakal menjadikan segala keringat yang diperah itu berasaskan kefahaman tentang menyeluruh nya pentarbiyahan sistem kehidupan.

6. Coretan ini adalah tips, kepada satu resipi masakan, supaya bukan sekadar enak dipandang  namun berselera dihadam. Yang datangnya melalui kefahaman, bagaimana nasi itu ditanak sempurna, melalui lebih kurang, banyak sikit, sukatan air yang harus dicari digali, diangkut dari perigi. Terlalu banyak usaha yang perlu diberikan, untuk sebutir nasi yang diibarat sebagai peluh petani.

7. Umpama gembala yang takut cemeti, terus berusaha menurut suruhan jeritan sang pengembala. Kita berupa gembala yang menjadi takut akan segala larangan dan ancaman yang digaris pandukan, melakukan apa yang disuruh, meninggal apa yang dilarang, lakasana pemerkasaan taqwa, terhadap Dia Yang Maha Esa.

8. Umpama penganjur yang berharap-harap, meneroka segala kebaikan dan menanggung segala kepayahan kerana yakinnya akan hasil dan ganjaran, berupa ringgit jualan tiket, mesej satu yang berbalas empat kebaikan, dari penonton kepada penganjur yang tagihan akhir hanya diharap kepada penguasa. Kita yang menjadi bersungguh seperti penganjur kerana yakinnya akan ganran dan balasan yang telah Allah janjikan, melalui jalan perdagangan, dagang bergajikan penghindaran azab yang pedih, menjadi penguat peyakin pendirian.

9. Umpama cinta dan kasih sayang yang menjadi arusan pelayar. Sang pelayar yang sudah pun mengenal pasti destinasi, mengerah keringat sehingga sengal sendinya, semata-mata menambahkan kayuhan, melawan derasan arus, demi menuju destinasi yang terbuku. Kita yang secara tiba-tiba meletakkan gunungan usaha, berikhtiar bermacam cara, untuk membuktikan cinta melampirkan betapa kasihnya kita terhadap sang pencipta.

10. Lengkap!!! Desakan takut yang mengwaspada, desakan harap yang meyakinkan kita, malah desakan cinta yang melipatgandakan usaha bukti kesetiaan kita.

11. Idea asal Dr. Sa'id Ramadhan al-Buti, diulas panjang digoreng hangit pula oleh aku, maaf andai tersalah dan mohon dikoreksi pasca-terperasan kan kesalahan.

12. Tajuk entri seolah mengundang bacaan Ibrahim Ali, maaf! Aku tak serasi dengan dia.



Monday, May 7, 2012

FATWA MI SEGERA

1. Pengharaman sedia ada keharaman tatkala yang super haram sejati belum lagi difatwa menjadi haram.

2. Itu pun demokrasi yang disolek. Supaya hilang seri bunganya, kering pahit jadi madunya, mati kejang sang rama-rama. Baru betul-betul terserlah kilauan keharaman dek pantulan cahaya cermin murahan pasar malam.

3. Pasar bukan sekadar pasar, pasar tegar 'membela' islam. Khinzir dimaki disko dirai.

4. Pandangan yang aku rasa rugi kalau aku terlepas, aku kongsikan pula untuk engkau orang.

5. Nah!


PERTAUTAN YANG HARMONI


1. Seorang Murabbi itu haruslah mendidik mutarabbinya seolah2 mutarabbinya itu akan menjadi murabbinya di kemudian hari.

2. Interaksi dan komunikasi serta mu’ayasyah murabbi dan mutarabbi perlu menjadi suatu yang berterusan dan berpanjangan. Kerana, meskipun masa sebahagian daripada rawatan, rawatan pula perlulah berterusan, dan tidak berhenti dan perlu berkala pula.

3. Ini quote yang aku gemari, entah mengapa terasa indah benar susunannya.

5. Lantaran final exam yang mencengkam, beginilah caranya aku melepas gundah. Menulis!




Sunday, May 6, 2012

PERCAYA DIRI




1. Pernah kah kita dengar keluhan-keluhan berupa seperti ini,
"dah aku tak boleh buat benda ni, nak buat macam mane, bidang aku kat tempat lain kot...",
pastu pegi la ke bidang lain...
"ni pun aku dakleh buat jugak, aku kelebihan kat tempat lain kot",
pastu pegi la lagi ke bidang lain lagi...
"pun dak leh jugok",
pastu pastu pastu...

dan begitulah seterus dan seterusnya....

2. Kawan, kelemahan diri ini bukan nya bermaksud untuk dijadikan sebagai tiket untuk kita terus tak perform dalam suatu2 bidang, tapi sebagai satu post morterm untuk diri kita perbetul dan dan berusaha untuk jadi lebih baik dan mengatasi sesuatu yang kita rase kita kurang mahir tu, bukannya alasan utk berlepas tangan.

3. Ramai manusia yang berfikiran sebegitu, dengan secarik 'forecast' yang berbunyi, "untuk sekarang ini sahaja mungkin yang termampu", atau pun, "belum masanya lagi", ataupun, "nanti dah beso nanti aku buat la" dan berbagai lagi forecast yang kita khuatir semuanya adalah retorik belaka. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

4. Ya, benar dari segi persediaan mental untuk masa hadapan. Namun, harus kita sedar, bahawa kita pada masa hadapan adalah kita pada hari ini. Sekurangnya apabila kita meletakkan usaha itu yang beroborkan keyakinan bahawa kita boleh buat, maka yang kita forecast kan pada masa hadapan itu barangkali bakal menjadi hasil yang paling menjadi, walau terlihat kurangnya kualiti hasil usaha pada masa kini.

5. Ayuh kawan, kurangkanlah menebar kelemahan diri di atmosfera bumi, bairlah angin yang berlanggar, bukan awan yang disapa, biarlah kaki yang terpijak, bukannya tanah yang digembur, biarlah pokok yang bergoyang, bukan mesin yang mencincang.

6. Tinggalkan keluhan itu sebagai satu memori kedangkalan, cipta kata semangat melalui apa yang kau panggil Qur'an, kau kena yakin kau mampu lakukan, bukankah Dia sudah pesan, siapa usaha dia berjaya? Lihat lebih ke dalam apa yang kurang dalam usaha diri kita, bukan nya melihat apa yang kurang diri kita.

7. Kurang diri itu anugerah tuhan, kurang usaha diri itu petanda kau perlu lawan setan!

8. Usaha!


Friday, May 4, 2012

LANGKAH PERTAMA SEBELUM MENUNTUT ILMU ialah...




"...mengaku kejahilan diri sendiri!...", from brader Madi.


1. supaya baru aku sedar aku kena pelajari
2. bukan dok melayan diri
3. doakan aku berjaya
4. dan juga aku stadi


p/s = exam mode

AKU SAYANG DIA JUGA



1. Aku sayang dia
2. Aku juga tahu dia sayang aku dan yang lain-lain
3. Aku nampak dia tertekan
4. Aku trauma dengan kes-kes terdahulu, lagi ditegur, lagi meroyan
5. Aku pun lalu biarkan dia bersendirian
6. Sekarang dia mungkin lagi tertekan
7. Kerana yang aku sangka masa bersendirian itu, barangkali diterjemahi sebagai waktu pemulauan
8. Aku lelaki yang tak pandai satu macam teknik yang dipanggil 'berkawan'
9. Time gila-gila aku acting as Pak Suparman
10. Time sedih-sedih aku 'pernah' cuba jadi cold shoulder
11. Tapi aku jadi takut bila tak dilayan
12. Last2 dua2 hanyut tidak dikesan
13. Harga sebuah ukhuwah islam, yang perlu dijaga dirapi, dengan mengikut landasan
14. Bukan atas kepentingan sebutir-butir
15. di jalan yang pernah kau dan masih aku yakini sebagai jalan perdagangan
16. Kau lupa kah?
17. Namun aku simpulkan, aku tersalah tekan, butir2 mesin kira itu, dengan equation yang tak sepadan


p/s = Hidayah ini milik tuhan

Thursday, March 22, 2012

SPM - Ranking Sekolah MRSM dan SBP Malaysia




Senarai penuh ranking SBP dan MRSM SPM 2011!
KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.93)
SEKOLAH TUN FATIMAH 152 -(0.939)
SEKOLAH SERI PUTERI (0.98 )
SM SAINS REMBAU 211 -1.3288
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 305 – 1.3553
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 142 – 1.374
SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 142 – 1.3793
SM SAINS ALAM SHAH 255 – 1.44
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU – 144 1.4508
SEKOLAH SAINS SERI PUTERI 176 -1.4508
SM SAINS SULTAN MAHMOD 119 – 1.4724
SM SAINS MUZAFFAR SYAH 136- 1.5109
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 164 – 1.5287
SM SAINS SELANGOR 140 – 1.5927
SM SAINS BAGAN DATOH 156 – 1.6082
SM SULTAN ABDUL HALIM 140 – 1.6345
SM SAINS MACHANG 109- 1.6565
SBP INTEGRASI BATU RAKIT 132 -1.7148
SM SAINS HULU SELANGOR 160- 1.7336
SM SAINS KUCHING 119 -1.759
SBP INTEGRASI SELANDAR 164- 1.7763
SM SAINS KUBANG PASU 156 -1.792
SM SAINS TUANKU JA`AFAR 147 -1.8128
SM SAINS LAHAD DATU 108- 1.8227
SM SAINS KUALA TERENGGANU 136- 1.8529
SM SAINS MIRI 83 -1.8874
SM SAINS SULTAN ISKANDAR 115 -1.9024
SM SAINS KOTA TINGGI 135 -1.915
SM SAINS TENGKU ABDULLAH 138- 1.9327
SBP INTEGRASI TEMERLOH 119- 1.9355
SM SAINS PASIR PUTEH -141 2
SM SAINS LABUAN 86 -2.0397
SBP INTEGRASI KUANTAN 128 -2.095
SM SAINS SABAH 130 -2.137
SBP INTEGRASI GOPENG 169- 2.1467
SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 139- 2.1994
SM SAINS POKOK SENA 151 -2.2297
SM SAINS TELUK INTAN 143- 2.4285
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 183- 2.4899
SENARAI RANKING MRSM TERBAIK SPM 2011 (confirmed)
MRSM Tun Ghafar Baba 1.00
MRSM Taiping 1.06
MRSM Pengkalan Chepa 1.12
MRSM Kuantan 1.19
MRSM Langkawi 1.21
MRSM Pontian 1.29

Friday, January 20, 2012

Warm up PRKUTP 2010/11


Bilangan undi 2008 dan 2009.

"Seramai 1535 pengundi telah menggunakan kuasa undi mereka di peti undi pada PRK UTP pada kali ini(2009). Jumlah ini menyumbang sebanyak lebih kurang 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Peratusan pengundi yang turun mengundi pada tahun ini (2009) berkurang berbanding pada tahun 2008 iaitu lebih kurang 3024 pengundi yang menyumbang sebanyak 48.3 peratus (Rekod pengundian tertinggi UTP). Ke manakah perginya baki 75 peratus undi yang lain??"

Wednesday, January 11, 2012

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA




Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merosakkan hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.


Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".


Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terusmerunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,


"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itu pun terpatah bercerita,

"Saya...........telah berzina".


Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan,

"Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,"


Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

"Perempuan bejad, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak NabiMusa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.


Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya ckp Nabi Musa,


"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari berlakunya zina ada kau mengetahui bahawa ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh ? " Nabi Musa terperanjat.


"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" maka Nabi

Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina"


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengankhusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.


(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,

maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun.


Satu tahun terdiri dari 360 hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.


Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum

mengetahui.


Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta,

astaghfiruka wa atuubuilaiik.


Wassalam


Orang berlaku penzinaan tidak bererti kamu tidak boleh menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam . Kita sebagai umat Islam wajib melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana kita sudah bersumpah dengan Allah S.W.T . Apabila kita melakukan penzinaan kita cuma terhapus pahala kita sahaja . Kalau kita tidak menunaikan sembahyang maka pada hari tersebut kita tidak Islam . Cuma lihat dibawah ini .


I = Isyak

S = Subuh

L = Luhur @ Zohor

A = Asar

M = Maghrib


Ketahuilah sekiranya kita meningalkan salah satu solat sembahyang lima waktu bermakna kita tidak Islam pada hari tersebut sebagai contoh kita meninngalkan solat Subuh dan Solat Asar


Kita akan menjadi ILM . Ianya menjadi sedemikian kerana anda meninggalakan Solat Subuh dan Solat Asar. Begitulah sebaliknya anda meninggalakan solat LIma waktu sehari semalam .


Sepatutnya kita menjadi ISLAM pada hari tersebut .


Takutilah Hari Pembalasan Kita Di Akhirat Kelak


Hitunglah Amal Kita Di Dunia Ini..


Adakah Anda Terfikir Semua Nikmat Yang Allah Berikan Pada Setiap Hari , Dapatkah Kita


Membalas NikmatNYa Ketika Anda Di Dalam Akhirat Kelak dengan Semua Amalan Kita Semasa Di Bumi . Ingatlah Wahai Umat Islam Kita Di Dunia Ini Adalah Seorang Musafir sahaja ..........


Bukannya Kita Hidup Kekal Buat Selama - lamanya Sepertimana Anggapan Orang Yahudi Dan Nasrani


....Setiap Yang HIdup Akan Mati ...........

Saturday, January 7, 2012

Pembodohan Berstruktur Oleh Media? Gini la...





'agak-agak dia sokong parti Telitabis ke parti Tora?'


Pernah kita dengar dari seorang penyokong kerajaan, "kamu jangan dok baca paper Harakah tu, tu semua doktrin PAS je tu", katanya penuh kebimbangan bercampur geram. Bimbang terpengaruh dan geram dengan fakta / auta barangkali.

Kita juga pernah dengar dari seorang penyokong dari pembangkang pula berkata, "toksah la baca paper utusan melayu tu, naek meloya aku tengok, penuh dengan fitnah dan tuduhan tak berasas. Tu semua doktrin untuk sokong kerajaan ja tu", kali ini lebih geram sedikit bunyinya.

Pernah anda dengar kedua-dua situasi ini? Pada mulanya saya fikir mungkin ini akan menjadi penyebab kepada ketidakcaknaan rakyat di Malaysia apabila menjadi semakin muak dengan mana2 bahan bacaan berhubung isu semasa di negara ini. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya!!! Malahan makcik2 di kampung juga boleh berbicara serta mengulas mengenai isu semasa. Terima kasih kepada akhbar2 yang setia dilanggani mereka.

Selesai isu cakna rakyat terhadap isu semasa.

Timbul pula isu pembodohan berstruktur kepada rakyat oleh pihak media terutama akhbar dan juga berita di televisyen. Orang PAS kata orang UMNO tak sedar-sedar lagi sebab asyik dok baca paper kerajaan ja. Orang UMNO pula dok kata orang PAS ni mudah sangat terpengaruh dengan agenda yang dibawa oleh PAS sebab dok baca harakah.

Pertuduhan terhadap antara satu sama lain berkenaan kebodohan pihak lawan kerana mudah terpengaruh dengan media yang dipegang masing2. Ya, inilah isu baru yang timbul.

Sasaran saya dalam artikel ini adalah semua orang yang mampu membaca, menilai dan menganalisa. Tidak kira fahaman politik, pegangan agama mahupun status bekerja. Mahasiswa terutamanya. Tips dari saya kepada semua bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak dari aspek penerimaan informasi melalui saluran yang boleh diterima.

Persoalan yang perlu kita fahami, sejauh manakah kebenaran dalam setiap akhbar tersebut? Jadi apakah cadangan kepada penyelasaian ini? Pakat ramai-ramai tak payah baca surat khabar? Boikot dari menonton berita-berita di televisyen mahupu online video?

TIDAK SAMA SEKALI!!! kerana saya bukan menganjur untuk menukar diri menjadi katak dan terus duduk di bawah tempurung. (teringat lagu Aku Maafkan Kamu oleh Jamal Abdillah, heheh)


'inilah contoh monyet yang cakna kepada isu semasa, tak macam katak!'


Dah tu nak buat apa? Sebagai seorang yang bijak dan mampu menghalang diri dari menjadi bodoh dek kerana info yang salah, cara yang terbaik adalah melalui teknik 'penghadaman doktrin' secara total. Hadam bermakna kita ambil dan kaji lalu terjemahkan melalui konklusi.

Paper harakah doktrin Pas, paper utusan doktrin UMNO. Oleh itu, untuk menjadi orang yang bijak kita tidak boleh menerima info dari sebelah pihak sahaja. BACA KEDUA-DUA AKHBAR DARI KEDUA-DUA PIHAK ini dan hadapi segala doktrin yang diberikan.

Gunakan kewarasan berfikir kita untuk mengkaji dan membezakan kedua-dua doktrin ini dan terbitkan melalui hati kita doktrin manakah yang lebih ke arah kebenaran. Doktrin manakah yang lebih BERFAKTA. Doktrin manakah yang lebih BERPANDU dari segi agama dan moraliti. Doktrin manakah yang sebenarnya membentuk kepada pemikiran yang adil dan bersifat matang.

Ya!!! BACA DUA-DUA!!!

JANGAN MALAS!!!

Boleh kalau nak baca satu ja, tetapi kita kena sedar kita mungkin berada di bawah sistem pembodohan berstruktur ini. Kesannya, segala konklusi yang terhasil dari pengamatan sebelah pihak kita semuanya adalah tidak bermutu dan dipandang rendah diambil mudah. Akhirnya kita masih lagi menjadi penghukum yang zalim. SEGALA HUJAH DIPATAHKAN DENGAN MUDAH KERANA KITA AKAN SERING DINASIHAT SUPAYA JANGAN BERANI BERHUJAH TANPA ASAS DAN FAKTA YANG KUKUH. Erti kata lain, serangan retorik semata-mata.

Tak salah menghukum mana-mana pihak, namun sekiranya hukuman itu dibuat berdasarkan saksi sebelah pihak sahaja yang kita tidak tahu sama ada saksi sebenar atau saksi 'upahan', kita menjadi zalim terhadap pembentukan pemikiran kita seterusnya kepada perkembangan tamadun negara.

Mudah cerita, anda adalah HAKIM, mana mungkin anda mampu membuat keputusan dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Sesudah itu, barulah anda akan dilihat sebagai berkredibiliti dalam menilai satu-satu isu. Suara anda akan lebih dihormati dan lebih ramai akan menjadikan anda sebagai rujukan melaului pentrjemahan anda setelah menganalisa sebagai orang yang BIJAK.


'paper 3D pun dah ade sekarang'


Selesai satu tip dari blog rajadankuda.blogspot.com berkenaan bagaiamana menjadi manusia yang berwibawa terhadap negara. Tip kepada semua tanpa saya menyebelahi mana-mana pihak pun. Semata-mata tip untuk semua tentang bagaimana mengelakkan pembodohan berstruktur ini demi membina insan yang lebih terbuka dalam membuat satu-satu consideration.


Friday, January 6, 2012

Air Mata




Baginda Muhammad s.a.w. yang maksum dan dijamin syurga juga hingga beribadat kepada Allah sehingga bengkak kaki baginda,

Abu Bakar as-Siddiq pula menangis hingga kedengaran oleh jiran-jirannya setiap malam kerana takutkan Allah...

Umar al-Khattab kelihatan bekas laluan air mata di mukanya...

Uthman bin Affan basah janggutnya kerana menagis takutkan Allah...

Bilamana seorang ulama' yang sangat hebat ibadahnya kepada Allah serta jasanya kepada islam dipuji oleh seorang yang sangat mengagumi beliau, respon yang diberikan adalah,

"Sekiranya dosa itu mempunyai bau di dunia ini, nescaya engkau dapat menghidu bau yang busuk datang dari hati aku", ujar ulama' itu...

Lalu bagaimana pulakah kita?,
menyemai dosa laksana bunga,
tanpa sedikitpun sesal kepada-Nya,
saham dosa kian membara,
fitnah menjadi hidangan berkala,
masih lagi berasa selesa?

renung-renungkan...kenali dosa kenali pahala...


sabda Nabi Muhammad s.a.w.
”Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya dan tidak akan berhimpun antara debu fi sabilillah dengan asap neraka.” ( HR Imam Ahmad, Hannad, al-Thirmizi, al-Nasai, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)