Tuesday, July 24, 2012

KENAPA SELEMAH ITU?




1. Seorang wanita muslim sedang berbelanja di kawasan yang dikuasai oleh Romawi ketika itu. Ketika dia sedang berjalan, seorang lelaki berbangsa Romawi mengganggunya dengan hanya menyentuh hujung jilbab atau tudungnya sehingga dia secara spontan berteriak,


"Wa Mu'tashamah". !!!!!
(Tolonglah aku wahai Mu'tashim)

2. Setelah sampai sahaja berita ini ke pengetahuan Khalifah Mu'tasim Billah, ribuan tentera langsung dikerah menuju ke Ammuriah tempat wanita itu diganggu.

3. Gelas ditangan yang asalnya ingin diteguk langsung diletak semula dek kerana tersentuh hati dan terbakar ghairah Islamnya.

4. April 838 Masihi menyaksikan bertolaknya tentera Islam dari Baghdad menuju Ammuriyah. Pertempuran pun berlaku. Tentera Islam mengatuk tentera Romawi dan berlanjutan dengan 5 bulan pengepungan kota yang akhirnya kota itu jatuh kembali ke tangan tentera Islam detik 13 Ogos 838M.

5. Langsung tak dihirau, langsung tak diheran, skala peperangan gergasi peragut ribuan jiwa mujahidin dan kuffar. Kerana sayangnya dan rasa tanggungjawabnya, Sang Khalifah lantas menyerang, menyelamat dan membebaskan.

6. Ini kisah dahulu!

7. Lalu sekarang bagaimana? Kuatkah kita? Hebatkah kita? Bersatukah kita?



8. Ini bukan kisah seorang wanita muslim, ini kisah penghapusan etnik ratusan ribu penduduk muslim Rohingya! Ini kisah asimilasi ratusan ribu penduduk Islam Thai! Ini kisah korban jutaan mujahidin pejuang Palestin! Sedang mereka bersabung nyawa, APAKAH YANG MAMPU KITA LAKUKAN? krik4x, sunyi tiba-tiba.




9. Lalu aku bawa semula persoalan pertama kita, KENAPA SELEMAH ITU?

10. Perkaitan adanya Sang Khalifah yang melindung umat di ceruk negara yang lagi satu? Terus, di manakah sang khalifah kita sekarang? Wujudkah dikau? Apa yang engkau lakukan?

11. Tidak! Usah kita berbicara di mana mereka. Negara Islam sedang bertabur rata. Umpama buih di lautan. Kita belum kuat kita belum sedia. Namun sungguh kuat kita lena. Aduhai umat akhir djaman.

12. Cukuplah sekadar itu coret celotehan setelah sekian lama ini. Asal kau orang faham, KENAPA SELEMAH ITU? Kita tiada kekuatan.

13. Lalu apa yang perlu kau dan aku lakukan? Ayuh! Fikir-fikirkan. Tak faham-faham lagikah nombor 1 sampai nombor 12?!!

14. Ayuh! Bakar semula ghairah Islam, tak terbela saudara se-Islam kalau tak cakna hati yang asyik lara.