Saturday, January 7, 2012

Pembodohan Berstruktur Oleh Media? Gini la...





'agak-agak dia sokong parti Telitabis ke parti Tora?'


Pernah kita dengar dari seorang penyokong kerajaan, "kamu jangan dok baca paper Harakah tu, tu semua doktrin PAS je tu", katanya penuh kebimbangan bercampur geram. Bimbang terpengaruh dan geram dengan fakta / auta barangkali.

Kita juga pernah dengar dari seorang penyokong dari pembangkang pula berkata, "toksah la baca paper utusan melayu tu, naek meloya aku tengok, penuh dengan fitnah dan tuduhan tak berasas. Tu semua doktrin untuk sokong kerajaan ja tu", kali ini lebih geram sedikit bunyinya.

Pernah anda dengar kedua-dua situasi ini? Pada mulanya saya fikir mungkin ini akan menjadi penyebab kepada ketidakcaknaan rakyat di Malaysia apabila menjadi semakin muak dengan mana2 bahan bacaan berhubung isu semasa di negara ini. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya!!! Malahan makcik2 di kampung juga boleh berbicara serta mengulas mengenai isu semasa. Terima kasih kepada akhbar2 yang setia dilanggani mereka.

Selesai isu cakna rakyat terhadap isu semasa.

Timbul pula isu pembodohan berstruktur kepada rakyat oleh pihak media terutama akhbar dan juga berita di televisyen. Orang PAS kata orang UMNO tak sedar-sedar lagi sebab asyik dok baca paper kerajaan ja. Orang UMNO pula dok kata orang PAS ni mudah sangat terpengaruh dengan agenda yang dibawa oleh PAS sebab dok baca harakah.

Pertuduhan terhadap antara satu sama lain berkenaan kebodohan pihak lawan kerana mudah terpengaruh dengan media yang dipegang masing2. Ya, inilah isu baru yang timbul.

Sasaran saya dalam artikel ini adalah semua orang yang mampu membaca, menilai dan menganalisa. Tidak kira fahaman politik, pegangan agama mahupun status bekerja. Mahasiswa terutamanya. Tips dari saya kepada semua bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak dari aspek penerimaan informasi melalui saluran yang boleh diterima.

Persoalan yang perlu kita fahami, sejauh manakah kebenaran dalam setiap akhbar tersebut? Jadi apakah cadangan kepada penyelasaian ini? Pakat ramai-ramai tak payah baca surat khabar? Boikot dari menonton berita-berita di televisyen mahupu online video?

TIDAK SAMA SEKALI!!! kerana saya bukan menganjur untuk menukar diri menjadi katak dan terus duduk di bawah tempurung. (teringat lagu Aku Maafkan Kamu oleh Jamal Abdillah, heheh)


'inilah contoh monyet yang cakna kepada isu semasa, tak macam katak!'


Dah tu nak buat apa? Sebagai seorang yang bijak dan mampu menghalang diri dari menjadi bodoh dek kerana info yang salah, cara yang terbaik adalah melalui teknik 'penghadaman doktrin' secara total. Hadam bermakna kita ambil dan kaji lalu terjemahkan melalui konklusi.

Paper harakah doktrin Pas, paper utusan doktrin UMNO. Oleh itu, untuk menjadi orang yang bijak kita tidak boleh menerima info dari sebelah pihak sahaja. BACA KEDUA-DUA AKHBAR DARI KEDUA-DUA PIHAK ini dan hadapi segala doktrin yang diberikan.

Gunakan kewarasan berfikir kita untuk mengkaji dan membezakan kedua-dua doktrin ini dan terbitkan melalui hati kita doktrin manakah yang lebih ke arah kebenaran. Doktrin manakah yang lebih BERFAKTA. Doktrin manakah yang lebih BERPANDU dari segi agama dan moraliti. Doktrin manakah yang sebenarnya membentuk kepada pemikiran yang adil dan bersifat matang.

Ya!!! BACA DUA-DUA!!!

JANGAN MALAS!!!

Boleh kalau nak baca satu ja, tetapi kita kena sedar kita mungkin berada di bawah sistem pembodohan berstruktur ini. Kesannya, segala konklusi yang terhasil dari pengamatan sebelah pihak kita semuanya adalah tidak bermutu dan dipandang rendah diambil mudah. Akhirnya kita masih lagi menjadi penghukum yang zalim. SEGALA HUJAH DIPATAHKAN DENGAN MUDAH KERANA KITA AKAN SERING DINASIHAT SUPAYA JANGAN BERANI BERHUJAH TANPA ASAS DAN FAKTA YANG KUKUH. Erti kata lain, serangan retorik semata-mata.

Tak salah menghukum mana-mana pihak, namun sekiranya hukuman itu dibuat berdasarkan saksi sebelah pihak sahaja yang kita tidak tahu sama ada saksi sebenar atau saksi 'upahan', kita menjadi zalim terhadap pembentukan pemikiran kita seterusnya kepada perkembangan tamadun negara.

Mudah cerita, anda adalah HAKIM, mana mungkin anda mampu membuat keputusan dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Sesudah itu, barulah anda akan dilihat sebagai berkredibiliti dalam menilai satu-satu isu. Suara anda akan lebih dihormati dan lebih ramai akan menjadikan anda sebagai rujukan melaului pentrjemahan anda setelah menganalisa sebagai orang yang BIJAK.


'paper 3D pun dah ade sekarang'


Selesai satu tip dari blog rajadankuda.blogspot.com berkenaan bagaiamana menjadi manusia yang berwibawa terhadap negara. Tip kepada semua tanpa saya menyebelahi mana-mana pihak pun. Semata-mata tip untuk semua tentang bagaimana mengelakkan pembodohan berstruktur ini demi membina insan yang lebih terbuka dalam membuat satu-satu consideration.


No comments:

Post a Comment