Thursday, September 8, 2011

GEMPAR : Pemandu Lori ditemui diikat Berdekatan Sitchik


sekadar gambar hiasan bantuan pak google


wah, macam utusan malaysia plak rasenye...

erm, tengah bosan2 stadi untuk final exam ni, aku tergerak untuk update blog ni sikit. Update berkenaan apa yang baru sahaja aku saksikan tadi. First time kot tengok crime scene macam tu.

Kisahnya tadi, aku baru sahaja selesai makan di restoran husna bersebelahan Sitchik tu. Then aku pun bergerak pulang setelah habis makan.

Orang Ramai
Sedang dalam perjalanan pulang tu aku lalu depan shell yang sebelah tu je pun. Kelihatan lebih kurang 5 ke 6 orang remaja sedang mengerumuni satu lori bertayar sepuluh. Lalu perasaan ingin tahu pun membuak dalam dada aku, stadi x lagi, haihhh...

Diorang dok tengok2 dalam lori tu sambil membincangkan sesuatu. Aku dok intai2 jugak pebende nye dan aku pun ambil keputusan untuk park motor aku dan berjalan menuju kebenaran, eh, berjalan menuju ke lori tersebut.

Kelihatan tersembullah dua kaki keluar pintu lori tu dalam keadaan terikat. Baru lagi waktu aku tengok tu sebab diorang pun masih blur lagi apa nak buat. Maka adalah seorang pakcik ni dan seorang dari budak2 tadi pegi tolong bukak ikatan tu. Sorang masuk ikut pintu kiri sorang lagi masuk ikut pintu kanan.

Aku? aku nak tolong pun dah x muat dah nak masuk, pakcik tu pun dok tetekan2 hon lori tu dua tiga kali.

Dasyat wooo...kaki kena ikat, tgn pun kene ikat, ke belakang pulak tu (kalau x silap aku la). Mulut pun kene ikat dan leher pun kene ikat jugak, memang seksa sungguh nengoknya. Kalau lama ckit baru orang jumpa tu berkemungkinan dah lemas kot (Allah nak tolong). Erm, tapi driver tu x berpeluh pun sebab aircond sentiasa terpasang. Selesai dibukak ikatan dia kelihatan sangat2 letih dan kepeningan.

Saksi Kejadian
Ada sorang makcik ni, dia kate die baru je lepas isi minyak, lepas tu baru nak blah, die terdengar suara orang tengah menjerit2 dari arah lori sepuluh tayar yang diparking betul2 berhadapan shell tu. Dia rasa pelik dan setelah diteliti, pintu lori tersebut terbukak setelah dipercayai ditendang oleh driver lori yg tgh dalam keadaan terikat tadi.

Makcik tu pun panggillah beberapa orang budak2 yg berdekatan kat situ untuk tengok apa yang terjadi. Dioranglah budak2 yg aku nampak tadi, penduduk tempatan kot. Setelah dibukak ikatan, mangsa pun diberi minum untuk hilangkan kepenatan yang melampau tu, teseksa kot.

lebih kurang gini la lori nye
Ketibaan Polis
Selang beberapa minit sedang aku dok usya2 tu, polis pun sampai. Dua buah kereta datang. Satu kereta polisnya berpakaian biasa dan satu lagi beruniform lengkap dgn M-16.

Kenyataan Mangsa
Walaupun aku tengok driver lori tu macam tgh x stabil lagi, dengan pening2 nya dan dahaganya (dia minum air mcm mandi wooo), semua orang bertubi-tubi tanye soalan. Setelah ditanya, dia kata dia drive dari Dengkil.

Orang kata dia bawak besi buruk. Driver tersebut yang berbangsa India claim yang die dihijacked kat damansara. Ada dua orang yang samun dia. Lepas ikat dia, sorang drive dan sorang lagi dok dgn die kat kerusi c0-pilot.

Die dihijacked dalam range masa pukul 10pg ke 12tghr katenye. Lepas tu, perompak tersebut ade berhenti kat satu kawasan yg x diketahui dalam dua jam. Dipercayai tengah turunkan barang2 rompakan (besi buruk) dari lori tersebut la kot. Lepas tu terus drive2 pusing sane pusing sini dan last2 berhenti kat depan shell tu dan ditinggalkan. Dalam setengah jam lepas berhenti tu baru ada orang perasan dia (dalam jam10.30pm, dekat setengah hari dok kena ikat gitu).

Blah
Lepas tu aku pun yg masih x stadi banyak lagi ni pun bla dari kawasan tu meninggalkan crowd yang semakin ramai bersama-sama polis untuk menyelesaikan keadaan.

Terfikir
Aku dok terfikir terfikir dan terfikir, jenayah yang berlaku kat Malaysia ni seolah-olah tak pernah berakhir dan langsung x berkurang sekali pun. Semakin bertambah, bertambah dan bertambah. Apakah faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya semua ni. Belum masuk kes2 kerosakan akhlak, buat maksiat, derhaka dengan ibu bapa.

Nak salahkan siape? Ade pihak yang boleh disalahkan ke? Ataupun kesedaran sivik ni bergantung kepada individu semata-mata? Kalau dia membunuh memang dia yang bersalah sorang2? Parent, guru2, dll yg gagal dalam membentuk die x perlu disalahkan? Atau orang yang membentuk guru2, parent2 ni yg perlu disalahkan? Spe yang bentuk mereka? Same jugak, parent2 dan guru2 mereka jugak yg membentuk mereka...

Haihhh, persoalan ini sangat membingungkan untuk dijawab bila lihat kepada kondisi negara kita dengan lambakan tempat hiburan dan kekurangan medium pendisiplinan dalam pembentukan individu dan pencorakan moral mereka.

Atau mungkin dasar negara yg perlu kita kaji semula? Hurmmm, same2 fikir2 dan renung2 kan...

p/s = teringat quote dari sorang senior di FB yg bunyinye lebih kurang begini "Allahurabbi...hari2 check akhbar: Kes rogol oleh teman lelaki,kes tetak family, kes samun,cabul,peras ugut...terlalu byk!
Hadith sahih dah byk stated sebabnya.Kembalilah kita kpd Formula Allah,x perlu duk tanya2 lagi "apakah formula membendung semua jenayah ini"..Formula Allah lah jwpnnya."