Saturday, July 9, 2011

Lambakan Vantage Point Satu Rahmat






Perkembangan sosio-politik dan sosio-budaya sesuatu negara akan menjadi perlahan dan seterusnya hilang apabila tiada usaha untuk memurnikan dan memartabatkannya. Hal ini boleh terjadi apabila tiadanya kuasa ke dua dalam sesuatu kerajaan itu yang berperanan sebagai 'check and balance' kepada kerajaan yang memerintah.


Lambakan pendapat yang datang dari pelbagai sudut, tidak kira emosi, intelektualiti mahupun parti, ianya tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu kemudaratan yang menghakis demokrasi yang annoying.

Sebaliknya, tapisan yang berlandaskan 'common sense' akan sentiasa terjadi terhadap lambakan pendapat itu tadi yang seterusnya berupaya menghasilkan satu 'outcome' yang sangat tajam, kritikal dan munasabah bagi semua pihak. Lalu, menyuburkan lagi roh demokrasi dalam menyuarakan pendapat masing-masing tidak kira apa fahaman sekalipun. Yang penting, analisa terhadap pendapat masing-masing melalui feedback pihak-pihak lain yang bakal mengetuk sedarkan kita dan membuka perspeltif yang lebih meluas dan jelas.


Lalu, mengapakah timbul isu manusia yang suka memberontak?

Lalu, mengapa timbul juga isu manusia yang 'anti-establishment'?

Lalu, mengapa timbul kes berkenaan usaha untuk mematikan suara-suara yang berperanan sebagai medium 'check and balance' yang merdu ini?

Sedarlah, yang timbul adalah kesedaran. Bukan sahaja melalui 'one-sided view' tetapi melalui analisa terhadap lambakan 'vantage point', kecaknaan terhadap drama semasa yang sering bermain di media-media yang bersumberkan daripada pelbagai sudut pandang. Yang akhirnya kita mahu, kualiti terhadap pengakhiran pemerhatian hujah, yang membentuk satu perspektif bijak akal, bukan ikut nafsu, yang akhirnya mencorakkan pemikiran dan percambahan sosio budaya dan sosio politik sesebuah negara itu.


2 comments:

  1. benar apa yang di kata oleh saudara.pendapat yang bersifat provokatif ini yang meruntuhkan perpaduan yang terjalin.
    p/s:jangan kerana warna, negara huru-hara.Aman selamanya =D

    ReplyDelete
  2. namun pendapat yang bersifat provokatif juga berpotensi utk jadi bermanfaat jika kite bijak menerimanye...take it, analyse it, strike back...
    dgn care yg intelektual la...
    provokasi juga kadang2 diperlukan, hu2...

    ReplyDelete