Friday, July 15, 2011

ASSUMPTION YANG MEMBUNUH





Lebih berbahaya dari segala jenis senjata pemusnah, lebih berbisa dari bisa gigitan King Cobra, lebih mengerikan dari sengatan Black Widow yang boleh mematikan, lebih melemaskan dari belitan ular sawa berdiameter satu pemeluk manusia, hancur luluh segala tapak dan asas, di atas kekuatan yang sudah terbina lama, segagah mana sekalipun, hampir pasti, tetap akan luluh berkecai sekiranya satu jenis sindrom pemusnah ini terus dibiarkan berleluasa. Sindrom suka membuat ASSUMPTION!!!

"Dia mesti tahu punya, nanti dia buat la, janji aku buat kerja aku."

"Dia kan bos, mesti dia tahu punya apa nak kena buat, COMMON SENSE la bro"

"Kenapa la engkau tak bagi paham dulu kat dorang semua? bercelaru lagi lah alamatnya budak-budak tu, rosak...rosak....tak kan itu pun aku nak bagitau jugak"

3 contoh hobi membuat assumption dalam kalangan manusia, lebih sedih, manusia yang konon profesional!!


Kalau kita kata mereka mampu melakukan tugas mereka dengan sempurna dari setiap segala aspek, kita betul! Tapi kalau kita hanya membiarkan mereka tanpa mengambil tahu dan mengikuti progress semasa, kita salah!! Manusia tetap manusia, sebab itulah kita diciptakan untuk hidup berkelompok-kelompok. Bukannya mengkambingkan diri sendiri jauh dari gembala kambing yang lain-lain. Supaya tidak mudah diserang, diculik, dipukul dan dilemahkan oleh serigala yang sentiasa menunggu peluang mencari mangsa! Belajarlah untuk menjadi supervisor yang berkesan.



Kalau kita kata dia mesti tahu sebab perkara COMMON SENSE, kita betul!! Tapi kalau perkara-perkara yang crucial, yang penting, yang wajib, yang nak tak nak kena dijalankan juga bagi mengelak kehancuran, kegagalan, kelembapan, kelambatan, kalau perkara-perkara sebegini juga kita menyandarkan kepada COMMON SENSE, kita salah!! COMMON SENSE itu perlu dibina. Bayi yang baru lahir pun belum terbina lagi COMMON SENSE untuk makan menggunakan tangan, yang mana kanan lebih suci, kiri tangan 'basuhan'. Mana mungkin kita boleh mengharapkan seorang operator kilang yang baru untuk sudah mampu menguruskan syarikat umpama Trump tegar?! Belajarlah membentuk common sense yang matang dan sentiasa selaraskan COMMON SENSE kepada yang benaran!



Kalau kita berusaha untuk mengkaji apa perkara yang perlu dibuat bagi menjayakan sesuatu perkara, kita betul!! Tapi kalau kita kata semua orang tahu apa yang kita tahu hasil dari usaha kita untuk ambil tahu itu, kita silap!!! Kita lebih berpengalaman, kita tahu apa yang perlu untuk menjayakan sesuatu perkara dari setiap aspek pekerjaan, tiba-tiba kita kata,

"huk'aloh, apesal tak buat macam ni hari tu?aku tak senang la bila orang dok kate gini gitu!!!kan dah tak dapat..." errr, jawapan orang tu kepada kita, " aku dah cuba yang terbaik, tapi tak terpikir pun tang yang tu, maaf la"...

persoalannya, kita tahu, kita sedar lama, kita dengar dari macam2 orang, kita jadi risau, yang kita mendiamkan diri tu mengapa? Belajarlah untuk tegur secara berkala dan kerap, bukannya kumpul sedikit demi sedikit demi sedikit demi sedikit dan POMMMM!!!!





p/s = jauhi assumption, ramai yang dah terkorban...umat islam kalah perang uhud pun sebab assume dah menang dan assume arahan Nabi untuk stay di Bukit Uhud dah habis...belajar membezakan confidence dan over confidence...








2 comments: