Tuesday, July 12, 2011

BESI MANA BOLEH TERAPUNG




Berjiwa besar dan bercita-cita jauh. Bunyi seperti perkara yang biasa dan selalu dilakukan. Namun pada hakikatnya, mereka yang berjiwa besar ini sering dipandang serong atau 'gila' oleh masyarakat sekeliling. Jika kita bercita-cita untuk menjadi sekaya Donald Trump, sehebat Bill Gate, sewara' Dr. Yusuf al-Qardhawi, silakan lah.

Bunyi memang mustahil dan 'gila', namun apa yang kita kecapi pada hari ini juga pada waktu dahulu dianggap mustahil untuk direalisasikan. Kewujudan kereta yang mampu bergerak tanpa kuda atau lembu menariknya di hadapan pada hari ini sudah semestinya dianggap mustahil pada masa lama dahulu. Jika ada orang yang hidup pada zaman batu hidup kembali dan menyaksikan dunia hari ini, tentu dia menyangka bahawa dia adalah 'gila'.


Ketika mana idea untuk membuat kapal daripada besi timbul, orang yang membawa idea ini digelar gila oleh orang ramai kerana besi mana boleh terapung atas air.

p/s = ulasan daripada perbincangan manusia yang bercita-cita besar dan dianggap gila!



No comments:

Post a Comment