Saturday, July 9, 2011

Konflik Neutraliti Dalam Demokrasi Malaysia




Daripada ucapan bekas PM Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kita boleh baca di bawah (yang bernombor 7), jadi tak perlulah kita pelik, persoalkan, menentang dan apa-apa sahajalah berkenaan BERSIH 2.0 yang mana kita boleh lihat, pihak polis, yang bersikap neutral ini sebenarnya tengah 'berbakti' kepada kerajaan sebenarnya.

Inilah situasi sebenar istilah neutral di dalam demokrasi negara Malaysia. Kepada pihak Pakatan Rakyat, buatlah apa-apa sekalipun, polis pasti menentang anda. Demokrasi itu hanya applicable untuk bernafas sekiranya bait-bait tuntutan keadilan yang anda dilaungkan berada dalam radius keselesaan kerajaan yang memerintah.


7. Perkhidmatan awam negara ini adalah merupakan kerjaya yang berterusan kepada anggota-anggotanya. Ini bermakna perkhidmatan awam negara ini kekal walaupun berlaku perubahan-perubahan di dalam tampok pemerintahan negara. Konsep neutraliti dalam perkhidmatan awam hendaklah dihayati sepenuhnya oleh anggota-anggota perkhidmatan PTD. `Neutral' bermakna mereka mentaati dan patuh kepada Kerajaan yang memerintah. Neutraliti di dalam perkhidmatan awam juga ditunjukkan melalui tindakan-tindakan dan perlakuan yang sejajar dengan dasar, arahan dan kehendak Kerajaan atau parti pemerintah yang berkuasa. Saya ucapkan terima kasih kepada PTD yang telah memberikan contoh yang amat baik dan paling bermakna di dalam konsep neutraliti ini. Anggota-anggota PTD sejak dahulu lagi telah menghayati dan mengamalkan konsep neutraliti ini. Walau bagaimanapun pada akhir-akhir ini ada bibit- bibit yang menunjukkan ada di kalangan kakitangan awam yang bertindak bertentangan dengan konsep neutraliti ini. Perkara ini hendaklah diatasi dengan memberikan kefahaman yang sepenuhnya mengenai konsep neutraliti ini di kalangan kakitangan Kerajaan terutamanya anggota- anggota perkhidmatan PTD sebagai peneraju utama pentabdiran awam. Perkhidmatan PTD seharusnya terus memberikan contoh yang terbaik dan dapat memberikan pemahaman aspek-aspek neutraliti ini kepada anggota- anggota perkhidmatan lain.


Ini merupakan ucapan yang disampaikan oleh Pak Lah pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 16/11/2000. Lama dulu.

p/s = bukti kenape kes2 yang berlanjutan di mahkamah antara kerajaan dan pembangkang tak akan pernah selesai dek kerana pentadbir yang bersikap 'neutral'...


sumber:

2 comments:

  1. demokrasi itu basi...
    dek kerana org yg mendokongnya...
    .ayuh kembali kepada sumber yg asli...
    Al quran dan sunnah yg dibawa oleh nabi...
    sama sama kite perhati...
    sampai kapan demokrasi boleh hidup lagi...

    ReplyDelete