Monday, June 20, 2011

PRK UTP : Lesu dan tidak bermaya?



Sebelum kita pergi lebih jauh lagi mengenai tajuk yang aku letak di atas,mari kite imbau kembali apakah yang terjadi pada PRK yang lepas.


++Seramai 7 orang calon bertanding untuk kerusi umum.
++Kerusi umum yang dipertandingkan ada sebanyak 6 kerusi tambah satu kerusi yang automatik diisi oleh Presiden International Student Council (ISCUTP) yang terpilih juga melalui pilihanraya dalam kalangan pelajar antarabangsa.
++Untuk kerusi program, setiap program menyediakan 2 kerusi untuk ditandingi
++PRK yang lepas menyaksikan tiada pertandingan dalam kerusi program, ke semua calon menang tanpa bertanding
++Seramai 1453 orang yang turun mengundi pada PRK yang lepas dan 112 undi rosak.
++Peratusan yang turun mengundi adalah dalam 20.75% sahaja.
++Untuk profile, jumlah keseluruhan pelajar UTP adalah dalam lingkungan 7,000 orang.


Jadi, untuk analisa PRK pada tahun 2010 yang lepas, masalah yang sama seolah-olah berulang kembali. Mudah bicara, masalah yang pernah ditimbulkan oleh MPPUTP 2009/10 di bawah kepimpinan Saudara Haniff bin Humam, Presiden MPPUTP 2009/10, iaitu, masalah mahasiswa pekak, bisu, dan sebagainya. Dari segi apa? Dari segi kecaknaan mereka terhadap isu semasa terutamanya poltik kampus dan juga Malaysia.


Dengan menyandarkan kepada bilangan pelajar yang turun mengundi, satu per lima daripada semua pelajar dan juga berdasarkan jumlah calon yang bertanding beserta jumlah kerusi yang dimenangi tanpa bertanding, kita boleh konklusi kan bahawa belum ada lagi kepentingan yang dirasai oleh para pelajar terhadap kewajipan mereka untuk turun mengundi.


Jika kita mengatakan politik itu kotor, ketahuilah bahawa, melaului politiklah kita memilih ketua.

Jika kita tidak mengendahkan pilihanraya sebagai satu proses yang penting untuk memilih ketua, sedarilah bahawa ketua yang terpilih itulah yang akan menjadi pemimpin kita seterusnya menentukan sistem hidup kita.

Baik diperingkat kampus mahupun negara. Dengan statistik yang menunjukkan 3.5 juta rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi untuk pilihanraya umum masih lagi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya, SPR.


Satu trend ataupun mood yang agak merisaukan pada waktu ini apabila kita melihat bahawa tiadanya kesedaran dalam diri kita bukan sahaja dalam memilih pemimpin yang baik, malahan juga dalam erti kata menyediakan diri untuk menjadi pemimpin dengan matlamat menjatuhkan korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Bagaimana? dengan menjadi pemimpin yang bersih, telus dan adil dalam menjalankan tanggungjawab. Kena lah bertanding jugak.

Jadi, entry kali ini aku nukilkan atas kapasiti sebagai Exco 1 Public Relation MPPUTP 2010/11, menyeru dan mengajak semua sahabat, rakan dan pelajar-pelajar UTP untuk berubah ke arah mahasiswa yang intelektual dari segi akademik dan juga persekitaran semasa yang aku fokuskan kali ini dari skop memilih dan menjadi pemimpin.


Jom bertanding ramai-ramai untuk PRK yang akan datang dan pastikan kita semua dan juga rakan-rakan lain turun untuk mengundi. Kawe besara dah...heheh...

Peace
=]

No comments:

Post a Comment