Tuesday, June 7, 2011

ENGKAU!!! Dengar Sini Luahan Hati AKU. Kenapa DIA???




biar pun engkau semakin jauh dari pandangan mataku, namun aku tetap setia menunggu dan menanti, supaya engkau kembali...

pandanglah aku kembali...

umpama sharukh khan yang tidak jadi pergi membawa diri, dek kerana hanya sekali...hanya sekali menoleh pandangan sepi, ke belakang cuba mengenang kembali semalam, namun tewas pabila terpandang kajol yang setia menanti, mengharap kembalinya shah rukh...
apakah yang lebih nya dia dari aku? aku cuba menjadi yang terbaik, sedang engkau tidak mengetahui, senyap-senyap aku cuba meloloskan diri ini, dari perangkap kesyahduan ini...

tidaklah aku sehebat pelangi, yang menyinari hari seusai hujan. Aku hanyalah besi, yang cuba mampu bertahan, di kala hujan yang pada akhirnya tubuhku membengkak menjadi karat...


aku hanyalah umpama lilin yang rela membakar diri, bagi menyinari ketamadunan hakiki masa kini engkau, supaya cerah menyuluh bakti kepada kebangkitan emosi dan siasi, untuk engkau nikmati kegemilangan prestasi kehidupan seorang dahan, dilindungi dedaun, di sinari keranuman buahan...

aku cuba, sedaya upaya diri ini, membelah dunia menyelam bumi, bagi mencari ruangan cara, mencari ketulan-ketulan strategi, supaya engkau kembali, menyinari hidup ini, membuka mata-mata mereka, yang hanyut dengan si DIA...

dia hanyalah umpama keju yang terang warna kuningnya, hingga menaikkan selera, yang akhirnya mencair di atas kuali, hilang begitu sahaja. Namun kesan yang ditinggalkannya, sangat menambah appetite mereka-mereka. Bersoraklah mereka kekenyangan, namun akhirnya kekesalan dek kerana penambahan angka kesanan graviti...

wahai ENGKAU, kembalilah kepada AKU, sederhanakanlah si DIA...

DIA hanyalah penambah perisa kepada kehidupan ENGKAU saat ini...
namun AKU adalah satu pasak yang wajib ENGKAU selami dan juangkan...
kerana AKU menjamin ketamadunan ENGKAU sedang DIA melalaikan ENGKAU sekiranya overdose...

ini adalah luahan AKU = mood politk kampus UTP masa kini
terhadap ENGKAU =pelajar-pelajar UTP
yang lebih cenderung kepada si DIA = lambakan hiburan-hiburan yang makin lari dengan definisi intelektual masa kini

seimbangi lah kembali AKU dan DIA, supaya ENGKAU hidup bahagia, bukan semata-mata kerana kesukaan, atau semata-mata keseriusan berhujah, tetapi pengakhiran yang bijaksana, yang menjadikan ENGKAU manusia luar biasa...

kotorkah politik?fikir kan kembali...




2 comments:

  1. hrmm..
    xpham sbnarnya..
    xpelah..

    ReplyDelete
  2. ini adalah luahan AKU = mood politk kampus UTP masa kini
    terhadap ENGKAU =pelajar-pelajar UTP
    yang lebih cenderung kepada si DIA = lambakan hiburan-hiburan yang makin lari dengan definisi intelektual masa kini

    ReplyDelete