Monday, June 27, 2011

E-voting di UTP?




Sedikit pengenalan mengenai e-voting atau pun nama panjangnya Electronic Voting. E-voting telah pun lama diguna pakai oleh kebanyakan Negara Eropah ketika pilihan raya di Negara masing-masing. Antara Negara yang paling awal sekali menggunakan system e-voting ini adalah Amerika Syarikat. Di Malaysia, e-voting adalah sesuatu yang masih lagi di peringkat awal dan lansung tidak digunakan lagi untuk pilhanraya umum mengambil kira factor ketelusan kes-kes yang masih hebat dipersoalkan seperti undi pos, undi proksi dan berbagai-bagai lagi usaha yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai ‘biased’.

Namun, e-voting ini telahpun aktif diguna pakai di Malaysia pada peringkat kampus seperti UIAM, UPM, UMT dan UM yang mana kita boleh lihat kebanyakannya adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sedar atau tidak sedar, kaedah e-voting ini telahpun dipersetujui secara muktamad untuk dijalankan pada Pilihanraya Kampus di UTP yang akan datang.


Jadi, mari kita kaji sebentar mengenai e-voting ini.Mengambil kira factor positif nya, system e-voting ini:

1. Mengurangkan kos dengan kadar yang sangat tinggi dari segi penggunaan kertas, dakwat dan sebagainya.

2. Boleh dikatakan lebih sistematik dan terurus apabila mengambil kira dari aspek pemfokusan.

3. Menjimatkan masa dan tenaga pihak management dan badan pelajar yang terlibat (MPP).

Mengambil kira factor demokrasi yang kurang disenangi pula:

1. Justice hurried is Justice buried

2. Justice is not only to be done but seen to be done

3. Faktor kerahsiaan undi anda.

4. Factor ketelusan dan penyelewengan yang mungkin terjadi

5. Penurunan peratusan bilangan pelajar yang mengundi.

Mari kita huraikan satu persatu factor negative nya,



Justice hurried is justice buried

Melihatkan kepada kepentingan pilihanraya yang memerlukan pengurusan yang benar-benar adil, telus, dan matang, mengapa takut dan risau untuk bersusah sedikit? Tidak seharunya proses sepenting ini menjadi tergesa-gesa untuk dilaksanakan. Asalkan telus, masyarakat akan puas hati. PRK bukan lah rancangan reality TV yang memerlukan pengundian melalui SMS untuk memilih calon yang dipujai.



Justice is not only to be done but seen to be done

Proses yang paling crucial dalam mana-mana pilihanraya adalah proses pengiraan undi untuk memastikan pihak SPR yang mengendalikan pilihanraya itu menjalankan tugas mereka dengan adil. Namun sekiranya e-voting dilaksanakan, bagaimanakah slot memerhatikan undi-undi itu dikira dilakukan bagi memastikan tidak ada penyelewengan?

Factor kerahsiaan undi anda

Umum mengetahui undi itu adalah rahsia. Berdasarkan pengamatan yang lepas-lepas, yang dapat kita lihat dari kampus-kampus lain, pelajar perlu meng so called login dengan meletakkan student ID mereka sebelum proceed dengan proses pengundian. Sudah pasti pihak SPR ataupun management boleh mengetahui siapakah pelajar-pelajar yang mengundi calon yang sekian-sekian. Tak rahsia lagi la macam tu.



Faktor ketelusan dan penyelewengan yang mungkin terjadi

Proses pengiraan undi itu bertukar sedikit susunatur nya apabila untuk mengumpulkan semua undi-undi yang ada, petugas perlu memindahkan data dari computer-komputer yang digunakan untuk mengundi ke satu computer lain untuk tujuan pemusatan pengiraan undi. Ini memberi satu ruang dan peluang untuk mana-mana pihak yang mempunyai akses kepada data tersebut untuk memanipulasi data yang sedia ada sebelum proceed kepada pemusatan. Bukan hendak membuat tuduhan awal dan tidak berasas kepada management UTP yang bakal menjalankan proses tersebut, namun yang perlu diambil kira adalah integrity system e-voting ini yang dilihat fragile dalam memastikan data yang diperoleh terpelihara.

sekadar gambar hiasan =p


Penurunan peratusan pelajar yang turun mengundi

Ini adalah perkara yang sangat-sangat merisaukan. Kita boleh melihat peratusan yang turun mengundi sebelum-sebelum ini sangat sedikit, 1 daripada 5 sahaja yang turun mengundi selalunya. Itu adalah ketika dimana proses pengundian dibuat di kafetria-kafeteria setiap village di UTP. Jika e-voting yang bakal dijalankan ini dipusatka ke main hall umpamanya selepas ini, berapa kerat pulakah yang bakal turun mengundi? Mengambil kira factor jarak dan juga privillage yang bakal pelajar peroleh sekiranya turun mengundi. Dan sekiranya ditukar pula kepada makmal-makmal computer?



Kesimpulan entri pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar UTP berkenaan perubahan salah satu system yang penting di UTP ini namun sering kali dipandang enteng. Sekiranya ada apa-apa cadangan, nasihat, dan komentar, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah untuk kami fikirkan dan panjangkan kepada management UTP.

Sekian, terima kasih.

9 comments:

  1. bro, apa mslahnya ngn e-voting?

    pemusatan data mmg akan slaras pd satu PC saja?
    so xde msalah nk pindah data bagai...
    nk kekalkan integrity, why not wakil tgk proses tue berjalan? xde msalah pn kan..
    think on the bright side laa..
    world is changing man...

    kt UTP ad intranet, so why not gunakan utk juz vote dr bilik saja...
    tak susah pun kan, sume leh vote klu gitu...
    dpt laa merasa 100% voting...
    do ur research b4 writing ur analysis...
    don't make some stupid private statement...

    ReplyDelete
  2. Everything has their own advantages and disadvantages, u just have to decide whether the good points is worth the bad points..

    i'm not going to say E-Voting is good or bad, i just think that a proper research should be done b4 implement such idea.

    and nope.. this is not a stupid private statement.. have done some google research bout tis, apparently there has been people from all over the world who produce such similar perspectives as shown in this entry.

    and yeah, mind ur words please.. have a nice day
    ^___^

    ReplyDelete
  3. my words are my words...i mind it
    rasanya xde pn kata2 kesat kat atas tue...

    juz if really u have read the same statement...
    then tunjuk sket sources of that resource...
    not 1 sided, make it 2 sided...

    show ur research..not make the research and save it for urself...give same study case

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas respon anda...

    entri saye pade kali ini mungkin kedengaran biased...namun, ini adalah berdasarkan pemerhatian saye pade kampus2 lain yang telah menjalankan e-voting ini...

    saya masih mencari2 apakah jawapan yang concrete dan firm utk point2 yang saye berikan, dan sebab itulah saye simpulkan entri saye di akhirnya untuk meminta pendapat dari pelajar2 UTP...
    semuanye utk memperbaiki sistem e-voting yg mmg dah konfirm akan dijalankan di UTP nnt...

    yup, research saye adalah melalui respond2 yg tertera di kebanyakan blog2 mahasiswa yg pernah melalui e-voting di internet...

    p/s = ini adalah blog utk saye menyuarakan pendapat, kalau nak tunjukkan research tu se biji2, kene buat ketas keje la... =]

    ReplyDelete
  5. sian. Anonymous berani menegur, tapi saying sekali dia sendiri tertampar oleh tegurannya.

    1)Siapakah anda? Berani tegur, berani guna ID sendiri la bro.

    2)Do you have proof/research to prove your rebuttals? At least we know the writer does. We can sense that clearly in his writing. (The pictures alone show that he did, at least). Just that he did not put the references in his writing (which he should).

    3)If you want to rebut, do it on each of the writer’s point, will you? That seems more professional and ethical. UTP la katakan. (If you’re not UTPian, I would say that UTPian are professional; Rebut all you want. That’s my opinion)

    4)“nk kekalkan integrity, why not wakil tgk proses tue berjalan? xde msalah pn kan..” Justify the sentence please. “wakil tgk proses tue berjalan” as in, watching SPR handling the computers? These guys are smarter than that. Hackers are way smarter than that.

    5)“kt UTP ad intranet, so why not gunakan utk juz vote dr bilik saja...”. Statement ni paling mudah disangkal. Sorry. But can u justify how can you justify justice this way? What happen to your votes? It’s not like the system developer would show you the codes of the system..

    6)The word “stupid” is harsh (kesat) my friend. I don’t know if you are too used to it. Many people would be taken aback by that. Sorry.

    Kudos to the writer. Well-written posting. Just that, I agree with no-name here, that you should put some references. Finally, sorry to anonymous. Just for the betterment of all of us reading this comment

    ReplyDelete
  6. itu dia sangkalan berhemah dari ir_nauf kita...

    ana melihat e-voting nie ada kekurangan dari sudut integriti yang perlu dikaji semula. kalau nak debat tak setuju dijalankan pun dah konfem nak dibuat. dah macam takde point nak cakap apa2.

    setuju dgn ir_nauf, mgkn penulis perlu sertakan bersama rujukan supaya kredibiliti post dapat ditingkatkan.

    utk anonymous, you got some point but then the way you want to express it should be improved. so that people can accept your opinion.

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas teguran dari semua pihak...
    insya'allah akan perbaiki dari mase ke semase...

    namun, suka utk saye tekankan, saye berpegang kepade prinsip demokrasi dalam blog ni...anda bebas menyuarakan pendapat anda...
    =]

    jadi jgn risau, there will be no offence from me...i'm used to it...
    pandanagn2 begini yg mencabar minda sebenarnye utk melatih diri sebelum masuk ke medan yg sebenar selepas tamat belajar nnt...
    hu2...

    ReplyDelete
  8. posting yang menarik..
    cume idea vote dari bilik tu agak best, bagi orang yang susah keluar bilik..
    but anyway, manusia selalu yang senang2

    ReplyDelete
  9. @Hatiku Bermunajat
    hurmmm, btol2...hari ni semuanye nak kene user friendly...tp kena makes sure x dihack la, hu2...

    ReplyDelete