Sedikit pengenalan mengenai e-voting atau pun nama panjangnya Electronic Voting. E-voting telah pun lama diguna pakai oleh kebanyakan Negara Eropah ketika pilihan raya di Negara masing-masing. Antara Negara yang paling awal sekali menggunakan system e-voting ini adalah Amerika Syarikat. Di Malaysia, e-voting adalah sesuatu yang masih lagi di peringkat awal dan lansung tidak digunakan lagi untuk pilhanraya umum mengambil kira factor ketelusan kes-kes yang masih hebat dipersoalkan seperti undi pos, undi proksi dan berbagai-bagai lagi usaha yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai ‘biased’.
Namun, e-voting ini telahpun aktif diguna pakai di Malaysia pada peringkat kampus seperti UIAM, UPM, UMT dan UM yang mana kita boleh lihat kebanyakannya adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sedar atau tidak sedar, kaedah e-voting ini telahpun dipersetujui secara muktamad untuk dijalankan pada Pilihanraya Kampus di UTP yang akan datang.
Jadi, mari kita kaji sebentar mengenai e-voting ini.Mengambil kira factor positif nya, system e-voting ini:
1. Mengurangkan kos dengan kadar yang sangat tinggi dari segi penggunaan kertas, dakwat dan sebagainya.
2. Boleh dikatakan lebih sistematik dan terurus apabila mengambil kira dari aspek pemfokusan.
3. Menjimatkan masa dan tenaga pihak management dan badan pelajar yang terlibat (MPP).
1. Justice hurried is Justice buried
2. Justice is not only to be done but seen to be done
3. Faktor kerahsiaan undi anda.
4. Factor ketelusan dan penyelewengan yang mungkin terjadi
5. Penurunan peratusan bilangan pelajar yang mengundi.
Mari kita huraikan satu persatu factor negative nya,
Melihatkan kepada kepentingan pilihanraya yang memerlukan pengurusan yang benar-benar adil, telus, dan matang, mengapa takut dan risau untuk bersusah sedikit? Tidak seharunya proses sepenting ini menjadi tergesa-gesa untuk dilaksanakan. Asalkan telus, masyarakat akan puas hati. PRK bukan lah rancangan reality TV yang memerlukan pengundian melalui SMS untuk memilih calon yang dipujai.
Justice is not only to be done but seen to be done
Proses yang paling crucial dalam mana-mana pilihanraya adalah proses pengiraan undi untuk memastikan pihak SPR yang mengendalikan pilihanraya itu menjalankan tugas mereka dengan adil. Namun sekiranya e-voting dilaksanakan, bagaimanakah slot memerhatikan undi-undi itu dikira dilakukan bagi memastikan tidak ada penyelewengan?
Umum mengetahui undi itu adalah rahsia. Berdasarkan pengamatan yang lepas-lepas, yang dapat kita lihat dari kampus-kampus lain, pelajar perlu meng so called login dengan meletakkan student ID mereka sebelum proceed dengan proses pengundian. Sudah pasti pihak SPR ataupun management boleh mengetahui siapakah pelajar-pelajar yang mengundi calon yang sekian-sekian. Tak rahsia lagi la macam tu.
Proses pengiraan undi itu bertukar sedikit susunatur nya apabila untuk mengumpulkan semua undi-undi yang ada, petugas perlu memindahkan data dari computer-komputer yang digunakan untuk mengundi ke satu computer lain untuk tujuan pemusatan pengiraan undi. Ini memberi satu ruang dan peluang untuk mana-mana pihak yang mempunyai akses kepada data tersebut untuk memanipulasi data yang sedia ada sebelum proceed kepada pemusatan. Bukan hendak membuat tuduhan awal dan tidak berasas kepada management UTP yang bakal menjalankan proses tersebut, namun yang perlu diambil kira adalah integrity system e-voting ini yang dilihat fragile dalam memastikan data yang diperoleh terpelihara.
Penurunan peratusan pelajar yang turun mengundi
Ini adalah perkara yang sangat-sangat merisaukan. Kita boleh melihat peratusan yang turun mengundi sebelum-sebelum ini sangat sedikit, 1 daripada 5 sahaja yang turun mengundi selalunya. Itu adalah ketika dimana proses pengundian dibuat di kafetria-kafeteria setiap village di UTP. Jika e-voting yang bakal dijalankan ini dipusatka ke main hall umpamanya selepas ini, berapa kerat pulakah yang bakal turun mengundi? Mengambil kira factor jarak dan juga privillage yang bakal pelajar peroleh sekiranya turun mengundi. Dan sekiranya ditukar pula kepada makmal-makmal computer?
Sekian, terima kasih.