Monday, August 8, 2011

TEGURAN DALAM KEMARAHAN


Biasalah kalau dimarah! Tak perlu takut, tak perlu gusar, tapi perlu cakna berkenaan apa yang dimarah. Semua kita di tahap manusia, bukan malaikat dan tidak maksum seperti Nabi. Tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Marah kerana sayang. Orang menyedari kesilapan kita, sedihlah kita kalau orang itu tidak menegur kita. Tegur apa kesalahan dan beri nasihat untuk penambahbaikan. Namun kadang kala, ramai antara kita yang tak makan dek saman, tak cair dengan teguran tetapi terjaga dengan penampar! Maka tampar sajalah. Maknanya marah la.


Ada beberapa jenis kategori manusia je yang tidak akan dimarah.

1. Manusia yang memang hebat dan sangat susah untuk melakukan kesalahan. Kerja tip top. Jarang sekali untuk dijumpai, ini bukan zaman Nabi.

2. Manusia yang pandai makan pandai simpan, melakukan kesalahan namun bijak menyembunyikannya, bahkan melontarkan kotoran kesalahan ke pihak lain pula.

3. Manusia yang tidak diendah orang lain. Buatlah apa sekalipun, kebaikan atau keburukan, sama ada menjejaskan diri sendiri atau tidak, tiada orang yang akan menegurnya. Manusia seperti ini sangat sedih sekali, keberadaan atau ketiadaannya langsung tidak dirasai.

Marah boleh jadi kerana sayang, marah boleh jadi kerana benci. Namun kawan-kawan, apa yang kita perlu hayati sebetul-betulnya adalah, teguran yang diterima melalui kemarahan itu. Teguran untuk kebaikan, terima segala kritikan lalu terjemahkannya dalam amal perbuatan yang menunjukkan penyesalan melalui bukti perubahan. Semestinya, perubahan ke arah kebaikan.


Marilah membudayakan amalan tegur menegur ini walaupun dalam keadaan marah sekalipun, sekiranya itu sahaja strategi yang berkesan untuk menyedarkan golongan sasaran. (golongan yang tak makan bebelan).

kool bile dimarah, jangan takut apabila melakukan kesilapan, Insya'allah ada yang akan kita pelajari...

Belum lagi dalam erti kata melakukan dosa dan kemaksiatan, WAJIB untuk kita menegur mereka yang melakukan perbuatan berkenaan. Walaupun kita sedang melakukan DOSA, masih WAJIB untuk kita menegur mereka.

Situasi menunjukkan seorang lelaki sedang berzina dengan seorang wanita, tiba-tiba berjalan seorang wanita yang tidak bertudung, WAJIB untuk dia menegur, "Hai perempuan tutuplah rambut mu, kerana rambut itu akan dibakar di dalam api neraka", kisah di zaman Al-Imam Al-Ghazali.

Itu kita membicarakan tentang dosa, sama lah juga dalam gerak kerja. Setiap kerja yang diterima merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak. Tidak perform dan tidak ampuh dalam gerak kerja, mintalah untuk ditegur. Bersedialah untuk ditegur. Jika dimarah, perlu sedar bahawasanya kita sebelum ini tidak menyediakan diri untuk dikritik, ego dan suka berseorangan, sebab itulah marah sahaja jalan penyelesaian.


Perubahan BERMULA dari diri sendiri. Belajarlah untuk menerima teguran dengan sebaiknya, accept critics, learn to critic.

take it positively dude...it's all begin with how you tune yourself... =]

No comments:

Post a Comment