Hidup ini sangat berliku sejak engkau mula lagi menjengah ke bumi...

Saat dikau mula merenung terjahan cahaya suria mahupun lampu pendaflour kediaman si bidan...
Lalu dikau mula belajar mencelikkan mata melayan kerenah dunia yang kelihatan indah tatkala itu...

Mula melihat dunia dari segenap sudut yang berbeza-beza dan engkau mula berasa yang engkau semakin suka dengannya...

Maka bermulalah mekarnya bibit-bibit percintaan jauh di dalam hati engkau terhadap dunia yang penuh dengan keseronokan ini...

Namun, semakin jauh engkau merenung, semakin dalam engkau menghayatinya, engkau mula berasa sesuatu yang tidak kena...dek kerana kebobrokan yang merata-rata...
yang mula membuatkan pemikiran engkau tercabar dan sering kali mengalami komplikasi dalam memilih jalan dari segenap keputusan...

Lalu engkau pun mula diajar untuk berjinak-jinak dengan langkah pengabdian dan penghambaan diri...

Mencari segala jalan dan petunjuk berdasarkan kitab yang suci...

Yang membuatkan engkau semakin menghayati dan mengenal diri...mula bergantung kepada ilahi...demi secebis petunjuk pengelak kecelakaan diri...

Sehingga engkau menjadi seorang yang berjaya...

Mula berumah tangga...

Namun cekalkanlah hati, azamkanlah diri...moga2, engkau menjadi sinar dan cahaya di celah2 kebanykan orang ramai itu...yang bermacam ragam bermacam ideologi...
agar sentiasa dipandu illahi...

dan ingatlah sahabat, sekalipun aku atau engkau tertidur, walau sebentar, sentiasalah memohon dan bertawakkal kepada ilahi, moga2 kita sentiasa berada di landasan pengabadian diri...
p/s = terutamanya buat sahabat2 ku yang bakal panjang bercuti, tetapkan hati, istiqamahkan diri...tariklah aku sekiranya kelihatan seakan-akan jauh pergi... =]
Comelnyer..
ReplyDelete