Friday, November 4, 2011

Kenapa Stadium Bola Sepak Malaysia Selalu Kosong ?




Salam wbt,

Salam sejahtera,

Salam kepimpinan mahasiswa,

Salam 1Malaysia....

Kali ni, mari kita berbicara perihal bola sepak dunia seperti tajuk di atas berkenaan kenapa stadium Malaysia kosong. Sedikit pencerahan berkenaan keadaan semasa bola sepak Malaysia. Malaysia pada waktu ini berada pada tangga ke 151 setakat September 2011 beradasarkan ranking yang dikeluarkan oleh FIFA. Sebulan sebelum itu Malaysia berada pada tangga 147, jatuh 4 anak tangga pada bulan seterusnya. Purata ranking Malaysia dari 1993-2011 adalah 120 dengan catatan terbaik pada Ogos 1993 pada tangga ke 75.

Jadi, mari kita kembali kepada topic utama kita berkenaan mengapa stadium bola sepak di Malaysia pada kebanyakan waktunya adalah kosong? Terdapat beberapa factor yang boleh diambil kira dalam usaha kita membedah dan mengenalpasti mengapa fenomena stadium Malaysia selalu kosong? Ini tidak diambil kira ketika perlawanan yang berdensiti kemuncak ataupun perlawanan tumpuan sesuatu tournament.

Media as the biggest weapon. It might shoot your goal and it might also demolish your rise.

Media memainkan peranan besar dalam mempengaruhi populariti bola sepak di mana tempat sekalipun. Dominasi oleh media Eropah ke atas hak penyiaran dan juga ke atas saluran-saluran gergasi sukan seperti ESPN dan ASSP menjadikan bola sepak Eropah antara yang sentiasa diikuti perkembangannya oleh para peminat bola sepak. Peminat bola sepak Eropah tahu dan yakin sekiranya mereka hadir ke stadium, walau perlawanan divisyen 2 England sekalipun, mereka berpeluang untuk tersiar di kaca tv seluruh dunia. Bagaimana dengan Malaysia? Contoh yang kita boleh ambil seperti Cola Cola Championship, Uefa Europe League dan sebagainya. Bahkan, Uefa Champions League boleh dikatakan sama taraf popularitinya dengan Piala Dunia. AFC cup pun tidak sehangat itu. Kombinasi dua factor ini, penyokong dan media memberi kesan domino terhadap liputan bola sepak seluruh dunia. Sokongan yang berterusan daripada para penyokong terhadap bola sepak Eropah yang bukan sahaja datang dari Eropah tetapi juga seluruh dunia secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi kelab bola sepak Eropah melalui promosi perniagaan kelab, peningkatan pembayaran hak penyiaran, dan berbagai lagi.
Mari kita melihat kepada situasi bola sepak di Malaysia yang diterajui oleh RTM sebagai media utama penyiaran bola sepak di Malaysia. Tidak semua perlawanan ditayangkan melainkan perlawanan tumpuan seperti perlawanan peringkat kalah mati dan ke atas. Keutamaan juga diberikan kepada perlawanan yang membabitkan pasukan luar Negara. Jika anda semua masih ingat, ketika Piala Dunia berlangsung, bukan sahaja RTM yang berebut untuk mendapatkan hak penyiaran daripada ASTRO, malah TV3 sebagai saluran hiburan semata juga bersaing dan berjaya menyiarkan beberapa perlawanan Piala Dunia. Perlawanan bola sepak tempatan terus dilayan seperti anak tiri. Namun, kita faham mengapa pendekatan sebegitu yang diambil oleh media tempata. Jumlah penonton yang hadir sahaja sudah kurang, bagaimana pula bilangan penonton dari rumah? Barangkali itulah factor terbesarnya.

Penyokong sebagai tulang belakang pasukan

Faktor penyong juga memainkan antara peranan terbesar terhadap turun jatuhnya sesebuah pasukan itu. Penyokong yang berperanan sebagai tulang belakang pasukan membantu menguatkan dari pelbagai aspek. Contoh mudah, wang tiket yang dibayar oleh penonton akan disalurkan kepada kelab. Semakin ramai penyokong yang hadir, semakin kukuh institusi kewangan sesebuah kelab tersebut dan semakin bertambah bersemangat sesebuah pasukan untuk menang dalam satu satu perlawanan. Liverpool yang terkenal sebagai salah satu pasukan yang mempunyai penyokng yang sangat kuat dan setia sama ada ketika naik atau jatuhnya Liverpool. Dengan tema “You’ll never walk alone”, satu macam perasaan kesetiaan hadir dan mengikat bonding yang kukuh antara pemain dan juga penyokong sehingga barangan keluaran pasukan mereka sentiasa mendapat permintaan tinggi. Yang penting ori, baru beli. Fenomena fanatic terhadap kelab Eropah ini bukan sahaja sesame mereka tetapi menular ke seluruh dunia dengan Malaysia juga tidak ketinggalan.



Namun, bagaimana pula dengan sambutan penyokong terhadap pasukan-pasukan di Malaysia. Ya, Malaysia kebanyakan pasukannya bernaung di bawah kerajaan negeri. Ini bermaksud, kewangan, kekuatan jurulatih, prasarana latihan, kualiti stadium, semuanya bergantung kepada sejauh mana sesebuah kerajaan negeri itu ambil serius dan berusaha. Ada juga kelab seperti T-team yang bukan di bawah negeri namun sejauh manakah mereka mendapat sokongan daripada penyokong? Mudah kata, penyokong yang lemah dan kurang bersemangat mengarah kepada kewangan pasukan yang kuat pengurusan yang kurang berpeluang membuat pelaburan besar. Lihat sahaja bagaimana pasukan Manchester City naik dengan sekelip mata di England. Lihat sahaja bagaimana gergasi bola sepak Real Madrid dan Barcelona menguasai Liga Sepanyol.

Walaupun begitu, masih ada pasukan yang wajar diberikan pujian di Malaysia seperti Kelantan, Selangor, Perak dan Terengganu yang setia mendapat kunjungan para penyokong mereka walau di mana sahaja mereka belawan. Ya, Kelantan mendahului pasukan bola sepak Malaysia dari aspek kekuatan penyokong. Namun, untuk membandingkan pasukan dari Malaysia dengan pasukan-pasukan bola sepak Eropah masih jauh lagi bezanya terutama dari sudut kuasa membeli.

Dominasi kaum dalam bola sepak di Malaysia

Saya sejujurnya tidak suka untuk menggunakan perkataan dominasi ini. Mungkin antara perkataan lain yang boleh digunakan adalah sikap ‘ignorance’ dari sesetengah kaum di Malaysia yang tidak langsung menghiraukan keadaan bola sepak Malaysia melainkan ada kejutan demi kejutan yang dilakukan. Contohnya, kejutan yang dilakukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki pada tahun yang lalu. Reality menunjukkan bilangan pemain bukan melayu di setiap pasukan amat-amatlah berkurangan ataupun hampir tiada. Pemain india semakin jarang kelihatan dan pemain cina pula seolah-olah sudah hilang dari pandangan. Situasi ini menyumbang kepada kekurangan yang besar dari sudut bilangan penyokong bukan melayu di stadium. Penduduk Malaysia ada lebih kurang 26 juta dan hamper 40% atau lebih adalah bukan melayu. Ini bermakna kita kehilangan hamper 10 juta penyokong untuk memenuhi stadium sekiranya fenomena partisipasi secara total oleh seluruh kaum ini terus menghadapi konflik.


Sukan sebagai medium terbaik di Malaysia bagi mengukuhkan integrasi antara kaum

Tujuan entri ini ditulis adalah untuk menyentuh sedikit kelebihan sukan sebagai satu acara mengikat kekuatan hubungan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, etnik, agama, dan budaya. There are much more thing to be done for football in Malaysia to improve. Kepentingan sukan kepada Negara tidak boleh dipandang endah begitu sahaja. Kerajaan perlulah mengambil langkah yang lebih efektif selepas ini untuk mewujudkan dahulu budaya bersukan dalam masyarakat Malaysia. Bersempena kehadiran PRU yang ke 13 ini, saya menyeru tidak kira siapa sahaja yang memenangi pilihanraya dan memegang tampuk kepimpinan kerajaan sama ada kerajaan Barisan Nasional, atau kerajaan yang dilihat semakin meningkat naik iaitu Pakatan Rakyat, tolonglah untuk meletakkan usaha yang serius yang bukan retorik semata-mata demi memperbaiki mutu sukan di Malaysia.



Sumber :

1. http://www.fifa.com/associations/association=mas/ranking/gender=m/index.html

2 comments:

  1. mantop ;)
    pasni boleh review pasal skuasy plak.
    kenapa asyik2 nicol ann david je menang manjangg.
    ada rahsia kejayaan nye kot..

    ReplyDelete
  2. hu2, squasy ke? kurang folo ckit, tp i'll try...

    ReplyDelete