1. Remmy menuduh Zain Saidin mencuri motorsikal kuasa besar kesayangannya yang sudah pun hilang selama hampir satu minggu...
2. Bukti yang dikemukakan Remmy adalah Zain Saidin pernah meluahkan kpd beliau yang sebenarnya dia juga meminati motor2 berkuasa besar ini...elegan!
3. Selagi Zain Saidin tidak dapat membuktikan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mencuri motorsikal tersebut, Zain Saidin akan terus dianggap bersalah...sedia utk ditangkap, dilokap, diperap...
Nilai moral yang koi dapat dari kisah ini:
Kehakiman gaya kukubesi, kalau dahulu tertuduh mempunyai 'Right to be Considered Innocent Until provent Guilty', kali ini politik 'Considered Guilty Until Proven Innocent' semakin menjadi2...
p/s: short story
p/s/s: nama watak hanyalah cetusan melalui kebetulan shj...tiada kene mengena-ngena...
p/s/s/s: Kesian Zain...
sekadar link hiburan tambahan : woha! (bace, baru paham)
1. Bayangkan satu situasi:
2. Seorang lelaki diberikan amanah untuk membuat persembahan lawak di hadapan ratusan penonton istimewa yang masing-masing mempunyai masalah tekanan perasaan akibat bermacam2 dugaan yang diterima, dia memulakan dengan satu cerita lawak..
3. Semua penonton gelak terbahak2...klako..reaksi yang positif dari penonton!
4. Lelaki tersebut kemudiannya mengulangi lawak yang sama, sebahagian penonton masih tergelak...sebahagian lagi masih tersenyum, dan ada yang mula bereaksi sinis...
5. Lelaki tersebut kemudiannya mengulangi lagi lawak yang sama..lagi, lagi, dan lagi...
6. Penonton mulai berasa bosan hingga tiada lagi yang ketawa...riak wajah menyampah semakin kelihatan...
7. "Kenapa anda mengulangi lawak yang sama berulang kali? This is getting very boring", laung seorang penonton yang semakin hilang sabar
8. Lelaki tersebut tersenyum. Lalu berkata, "sekiranya anda boleh menolak untuk gelak bagi lawak yang sama, mengapa anda memilih untuk bersedih bagi perkara sama yang sudah lepas??"
9. Semua tersentak, tertunduk, dan tersenyum
10. Forget the past, and move on~