Tuesday, July 23, 2013

Tatu Bak Popeye, Dalam Hati Kental Iman

sabar menanti masuknya waktu berbuka, bukti pada tajamnya mata

1. Ini kisah lama, yang kembali terpamer dalam kotak ingatanku pada puasa 2 hari yang lalu, pada ramadhan ke – 13 di UTP. Ust Dawi Cahyono tiba2 muncul entah dari mana, memberi salam dengan dialek manja dan penuh sopan orang jawa, seterusnya meminta 3 orang pelajar menemaninya berbuka puasa di Kg Suak Padi, 15-20 minit sahaja dari UTP. Waktu tu aku dan dua orang rakan sedang tadarus di An-Nur sambil menanti tibanya waktu berbuka puasa.

2. Kami pun turut serta. Kg. orang asli? Suak Padi? Macam penah pergi, sambil cuba melayar kembali ombak memori. Ya, aku pernah pergi, waktu tu foundation lagi! 

3. Program beralan lancar, kelihatannya ramai orang asli yang turut serta, ditambah pula dengan kehadiran pasangan pengantin baru yang turut menumpang acara berbuka sebagai kenduri kahwinnya. Bukti islam hebat memudahkan cara. Jelas terpamer riak wajah gembira orang baru berumah tangga.

4. Ust Dawi mengetuai bacaan tahlil sementare menunggu berbuka puasa, seterusnya mengimami solat fardhu Maghrib secara berjamaah, tazkirah, hinggalah ke Isya’ dan tarawikh bersama.

5. Dalam waktu mata khusyuk mengamati acara, secara tiba-tiba pandanganku tersangkut pada satu susuk tubuh tegap orang asli, lengkap tatu sauh kapal di lengan, tak ubah macam popoye. Hurmm, macam kenal, macam penah jumpa. Lagi aku melayari ombak memori secara melawan arus, menguak tangan mengakses data-data lama. Ya! Aku ingat dia! Aku kenal susuk tubuh yang khusyuk bersolat tarawikh dari awal hingga ke akhir ini, dengan tatu ala popoye segak tercalit di kedua belah lengannya.

sekadar hiasan, tapi memang lebih kurang macam ni lah tangan dan tatu orang asli tersebut


6. Ceritanye begini, waktu tu, Ketua fasi minggu orientasi ketika aku baru masuk, abg Hakim ajak menyertai rombongan Rakan Masjid ke Kg Orang Asli, Suak Padi sebagai jurugambar kerana tak cukup orang waktu tu. Aku pun tanpa banyak soal terus setuju.

7. Sampai ke tempat program, lantas segala pelusuk Kg Suak Padi ini, aku libas dengan pancaran kamera. DSLR yg dibekalkan kepada aku sebagai jurugambar kali pertama.

8. Program ini menyasarkan untuk membantu penduduk perkampungan orang asli yang sungguh jauh sekali dengan kecanggihan zaman. Lebih perit, zaman keugamaan pun mereka turut keciciran. Surau yang baru hendak mula dihidupkan, panduan dan didikan harus sentiasa diberikan oleh tenaga luar.

9. Agihan beras dan makanan2 asas keperluan turut diedarkan. Dan di sini lah aku berjumpa, dengan abang tegap sebentar tadi. Asalnya dia adalah kristian, ya, dia asalnya bukanlah islam. Sering kali antara uslub yang diguna pakai dalam menyebarkan agama islam adalah dengan menjaga kebajikan.

10. Otak aku pada ketika itu, hanyalah memikirkan, oh, ni dia datang memanglah sebab ada bantuan je. Itu asalnya, fikiran singkat otak muda aku.

11. Rupanya, dia baru sahaja memeluk agama Islam pada waktu program itu. Lafaz kalimah syahadah lancar diungkapkan bibirnya. Ya, kira lancar lah untuk orang yang kali pertama melafazkan, namun masih dengan bimbingan, kata demi kata, ungkap demi ungkap.

12. Segar dalam ingatanku, abang Mu’min, seorang aktivis tegar RM pada ketika itu, mengajar saudara baru tadi cara2 untuk bersolat. Rukun demi rukun, hinggalah ke tertib.

13. Kaku! Itu sahajalah yang aku boleh gambarkan ketika itu. Otot orang yang pertama sekali sembahyang, sungguh keras dan kekok sekali pelaksanaannya. Bukan kate duduk tahyat, tapi duduk antara dua sujudnya juga seolah seperti sedang melutut.

14. Hanya doa yang mampu ku ungkapkan, moga saudara baru ini istiqamah, dan terus dibimbing dalam mengenali nilai2 indah nya islam, rukun2 kasihnya islam.

15. Selesai flashback dari aku.

16. Dan pada hari ini, setelah lebih kurang 3 tahun, Alhamdulillah, aku mampu lihat dia sendiri! Sendiri melakukan solat, sendiri mengatur rukun, sendiri melafaz surah, sendiri menadah tangan, berdoa memohon keredhaan sang Pencipta.

17. Sungguh, hidayah itu milik Allah. Tugas kita pula dalam menyampaikan mesej hidayah melalui wahyu itu kepada jutaan lagi yang memerlukan. Barangkali, abang asli bertubuh sasa ini, bukan sahaja satu, malah dua, tiga, seribu, sejuta di seantero dunia.

18. Tugas siapa? Hadis, “Barangsiapa yang mengucap kalimah La ila ha illa Allah, maka dia seorang da’ie"



2 comments:

  1. Paling penting, kena sentiasa follow up. :)

    oh ye kat nama teman kt bloglist tepi tu boleh buang dh kot nama jawatan tu. haha

    ReplyDelete
  2. zinedine zaiddin


    benar tu...
    btw, itu arkib, tggu 4 - 5 tahun baru ubah, hahaha...

    ReplyDelete