Wednesday, January 1, 2014

AKU, POLIS, DAN DANAU KOTA


1.     Hari ini dalam sejarah (9 Nov 2012), tatkala jam berdetik terus ke arus 9 malam, satu kisah yang agak langsi, aku saksikan tepat di depan mata aku. 

2.     Kali ini, kisah AKU, POLIS, dan DANAU KOTA! Kisah yang pernah aku lalui dek kebodohan tuan mata-mata, habis disapu siapa yang disangka, pak Indon yang tak berdosa turut kena. Cuma kali ini versinya sedikit berbeza. Aku menjadi ‘hero’ di DANAU KOTA. Ceh... bajet sungguh~

3.     Drama bermula seusai aku pulang dari kerja; 20 minit perjalanan  dengan motorsikal berkuasa tinggi, Yamaha Legend, 110 cc. sambil diringi hujan rahmat, aku selamat sampai.

4.     Bersiap-siap apa yang patut, aku keluar semula, mencari sedikit barangan runcit sebagai kelengkapan bujang danau kota.

5.     Siap beli barang, aku terus ke RHB bank untuk menduga sedikit wang dari Pak ATM. Selesai menduga sekitar MYR lima puluh ringgit, aku keluar sambil melambai kesenangan kepada Pak ATM. Dan....

6.     Seolah terkaku, pelik, something fishy is going there. Sebuah saga pink campur oren (bukan warna sebenar) terparking tepat di hadapanku. Bermulalah wayang langsi Danau Kota yang aku terpaksa saksikan.

7.     Kelihatan dua remaja, satu laki-laki, satu perempuan duduk di seat belakang. Driver dok keluar masuk kereta seolah menjaga line. Puih!!! Bernafsu sungguh mamat ni, takde port yang lagi suci ke dari tengah2 kesibukan kota ni? Hatiku mengomel.

8.     Niat malas nak layan, takut terkongsi saham. Aku laki-laki lemah juga. Risau terjatuh ke lembah hina. 

9.     Tapi.....berat sungguh kaki nak beredar menuju ke tilam empuk rumah, sengguk-sengguk weh dok ofis tadi, keje trainee, buat keje gitu2 je la ambo...

10. Lalu aku terperhatikan lagi, gapo la makhluk tuhan paling berani ni dok buat. Lalu....

11. The man inside me suddenly shaking... wow, gelegak darah kepahlawanan Hang Jebat membela Tuah tiba-tiba bersabung dengan nadi, urat, dan jantung aku.

12. Perempuan itu terseksa! Sang lelaki perosak kelihatan nya memaksa! Kaum hawa yang lemah ini kelihatan meronta.

13. Huk’alohhhhhhhh!!! Kawe nok kelik rumoh doh ni, bakpe plop la tenampok bende gini depan mato kawe!! Baaassseee sungguh!

14. Maka dok mundar-mandir mundar mandir mundar mandir lah aku memikir nak buat ape. Nak datang pecah cermin kereta ke? Samseng mane pulak lah aku cari pasal ni kang. Lalu, datanglah satu petunjuk dari Sang Pencipta yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang terhadap umatnya yang dizolllimiiii....satu kertas yang bertampal di pintu stor, dok ceruk sungguh, tapi tersampai jugak kawe nak terjalan ke situ.

15. Talian HOTLINE RAKAN COP!!!

16. Fuh, kang nak kena deal dengan polis pulak, erm, tak boleh jadi, kena call jugak, siang tino tu wehhh...

17. Lalu aku pun call lah...tut tut tut kali pertama : engagge....kali kedua : enggage....kali ketiga, kedengaran juga akhirnya suara penyelamat kota, “Ya, balai polis Danau Kota di sini, boleh saya bantu encik?"

18. "Urm, camane nak kate ye, gini bang, tadi saye ternampak bla bla bla bla......", dalam 4 minit aku melapor kepada anggota tu, 3 minit dok terang pasal tempat, fuhhh....

19. Ok, kami akan datang, aku laporkan dengan kenyataan seolahnya cubaan perkosa. 

20. 5 minit polis tu call semula, nak konfirm kan tempat, dia ade nombo phone aku, dia mintak tadi...dia tanya aku kat mane, aku cakap dari tingkat satu, sambil tunggu sambil perhati, takut dorang ciowww dari situ...Jap! bang, saye tak perlu involve kan?nanti saya beredar terus ye...

21. 10 minit, polis sampai, setelah mengecam kereta yg dimaksudkan, tros datang rapat, tersembur keluar segala isi kereta yg ada lalu tercegat di hadapan daun pintu saga. Lelaki terpucat, perempuan ternangis.

22. Maka sempat juga abang polis itu menjeling ke arah tingkat satu mencari aku. Mata bertentang mata, aku angguk dia angguk, menyata misi accomplished, terus aku beredar dari situ. Apa cerita sudahnya, aku pun x tahu.

23. Yang aku tahu, itu anak-anak melayu, di tengah2 kelalaian noda kota. Sifir orang melayu, asal melayu pasti islam. Sampai orang cina india terkadang menolak dakwah kerana menyangka mereka diajak masuk melayu, kelakar...betapa mereka trauma nya dengan sikap orang melayu. 

24. Yang aku tahu juga, polis juga menjalankan kerja mereka, tahniah, pantas hadir membalas panggilan aduan hotline. Rakan Cop THORRRBAIKK!!!

25. Sekian throwback dari aku, khas buat kalian yang bakal menempuh alam pra-dewasa pekerjaan, alam praktikal mahu pun alam kerjaya profesional. Realiti tak seindah khabar, belitan dunia luar lebih menyesakkan nafas, alam kampus hanyalah semata teori, raja segala  situasi ideal. Selamat bertempuh!










Saturday, December 14, 2013

Panas! Remmy, Zain Saidin dan Motorsikal Kuasa Besar!




1. Remmy menuduh Zain Saidin mencuri motorsikal kuasa besar kesayangannya yang sudah pun hilang selama hampir satu minggu...

2. Bukti yang dikemukakan Remmy adalah Zain Saidin pernah meluahkan kpd beliau yang sebenarnya dia juga meminati motor2 berkuasa besar ini...elegan!

3. Selagi Zain Saidin tidak dapat membuktikan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mencuri motorsikal tersebut, Zain Saidin akan terus dianggap bersalah...sedia utk ditangkap, dilokap, diperap...

Nilai moral yang koi dapat dari kisah ini:

Kehakiman gaya kukubesi, kalau dahulu tertuduh mempunyai 'Right to be Considered Innocent Until provent Guilty', kali ini politik 'Considered Guilty Until Proven Innocent' semakin menjadi2...


p/s: short story
p/s/s: nama watak hanyalah cetusan melalui kebetulan shj...tiada kene mengena-ngena...
p/s/s/s: Kesian Zain... 



sekadar link hiburan tambahan : woha! (bace, baru paham)