Friday, December 16, 2011

Matang tak Matang?



Sewaktu awal pemerintahan Umar Ibnu Abdul Aziz, sering datang pelbagai rombongan dari seluruh pelosok negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Suatu rombongan dari hijjaz tiba, dan tampil seorang kanak2 sekitar usia 11 tahun, ke hadapan untuk bercakap. Umar berkata, "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab dengan berani tetapi sopan, "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil dalam dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakannya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak untuk bercakap. Andaikata semua perkara, wahai Amirul Mukminin, diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah." Umar Ibnu Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu