Program Seksualiti Merdeka yang khabarnya memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia terus menerus mempertahankan ideologi demi ideologi mereka yang dapat kita saksikan di laman web www.seksualitimerdeka.org. Tekanan demi tekanan yang diberikan akhirnya dapat kita saksikan hadir daripada kuasa-kuasa besar dalam negara kita.

Pembatalan program Seksualiti Merdeka oleh pihak kerajaan dan pengeluaran pengumuman pengharaman segala aktivitinya oleh pihak Polis di Raja Malaysia telah diiktiraf sebagai satu kejayaan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Memetik petikan dari artikel Sinar Harian tersebut:

Sehubungan itu, kata Harussani, bantahan dan pembatalan program Seksualiti Merdeka 2011 yang membawa mesej tuntutan kebebasan seksualiti sebagai hak asasi individu termasuk yang melibatkan golongan homoseks, lesbian dan transeksual, belum boleh dianggap satu kejayaan.

Beliau turut menambah bahawa,

“Mereka (kerajaan) boleh gunakan apa saja pendekatan sama ada dengan langkah tegas mengikut undang-undang ataupun menerusi program pendidikan dan nasihat supaya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria


Masih Ada Usaha

Respon pertama yang ingin saya berikan, Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana program yang bermotifkan budaya songsang ini akhirnya berjaya dibatalkan. Usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dan juga pihak polis wajar mendapat pujian daripada semua pihak. Ya, wajar dipuji, walaupun ada pihak yang mengatakan tindakan ini hadir kerana tekanan bertalu-talu yang diberikan oleh perbagai pihak yang terdiri daripada golongan-golognan agama, parti-parti politik, badan-badan agama, badan-badan bukan kerajaan (NGO) malah rakyat sendiri.

Namun, sedikit persoalan dan pencerahan perlu diebrikan perhatian di sini. Kita membicarakan tentang kejayaan yang kita bangga-bangga kan sebagai satu langkah terbaik yang diambil oleh sesuatu pihak. Namun begitu, saya berpandangan bahawa pembatalan program ini bersifat extrinsive action, bukannya intrinsive action. Pembatalan yang diumumkan jelas sekali dapat kita perhatikan dilakukan kerana tekanan demi tekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak, bukan atas kesedaran dan ketegasan dalam pentadbiran. Anda setuju?

Second Time Program, First Time Cancel?

Ada yang mempersoalkan, program Seksualiti Merdeka ini telah diadakan sejak tahun 2008 lagi. Berbagai testimoni tentang 'kebaikan' program ini telah diterbitkan dalam bentuk tulisan oleh mereka-mereka yang pernah menyertainya. Pembatalan yang dilakukan hanya pada waktu ini dan itupun setelah dieberikan berbagai tekanan, adakah ini yang kita anggap sebagai satu kejayaan. Maaf, saya hanya bersetuju sekiranya kenyataan tersebut dibuat sebagai kejayaan 'menyedarkan' pihak berkuasa. Tidak kira siapa, namun merujuk kepada mereka yang memegang authoriti tertinggi dalam negara.

Atau kita boleh tuding jari kepada diri kita sendiri juga, kerana lambat sedar, atau tak pernah cakna berkenaan program-program sebegini yang menjadi racun perosak anak bangsa, pencipta barah yang mem 'parok' kan lagi gejala-gejala sosial dan masalah akhlak dalam kalangan remaja. Tidak kisah sama ada PAS atau UMNO, dimanakah tindakan anda suatu ketika dahulu? Sebelah pihak yang bertindak sebagai pemerintah dan sebelah pihak lagi yang bertindak sebagai parti check and balance kepada kerajaan yang memerintah. Keduanya harus memainkan peranan masing-masing dengan lebih berani lagi. Atau mana satukah yang sudah bertindak sedang yang satu lagi bertindak defensif atas kepentingan politik semata-mata.

Kesedaran Yang Datang Dari Pemerintah : Politik Suku Agama Suku?

Persoalan yang wajar kita selidiki juga berkenaan situasi pemerintahan sekarang. Istilah 'politik suku agama suku' yang sering didakwa sesetengah pihak, sejauh manakah kebenarannya? Adakah kerana memeisahkan agama menjadi punca kepada kelambatan dan kekurang caknaan pihak berkuasa terhadap permasalahan yang berlaku ketika ini?

Wahai para pembaca yang budiman sekalian, marilah kita bersama-sama kembali semula kepada fikrah yang satu iaitu fikrah islam. Marilah kita bersama-sama menghayati bahawasanya amanah dan tanggungjawab yang dibebankan ke atas seseorang yang bernama sang pemerintah itu kekuasaan yang diperoleh adalah semata-mata untuk menegakkan agama Allah S.W.T. Sama ada dengan menggunakan cara yang keras melalui pembatalan mahupun pengharaman program-program yang mengundang murka Allah S.W.T. ataupun cara yang lembut melalui rundingan, persoalannya, adakah sudah dilakukan? Kuasa dah ada, pelaksanaan perlu lebih drastik, bukan membabi buta, namun berlandasakan syara', berpandukan al-Qur'an dan Sunnah.

Hayati Amanah dan Tanggungjawab

Sebagai pemerintah berautoriti tinggi, kejayaan pembatalan ini tidak seharusnya dibanggakan namun harus terus dijadikan rutin seorang pentadbir yang yakin islam sebagai penyelasaian segalanya. Semoga perubahan positif daripada pihak kerajaan dan pihak polis ini terus istiqamah walau pada waktu ini atas tiket desakan, diharap selepas ini penerbangannya adalah kerana kefahaman.

Semoga bermanfaat walau sekadar menjentik kesedaran tentang amanah dan tanggungjawab.


Sumber:


1. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-perlu-tegas-tangani-gay-1.4270

2. http://www.seksualitimerdeka.org/