Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada MPPUTP2010/11



MPPUTP2010/11 would like to wish all UTP students Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! Bersempena dengan final exam yang bakal menjelang tiba, janganlah lupa pula baca buku sewaktu pulang beraya ye... =]


Friday, August 26, 2011

Hai Sahabat Jernihkanlah Kehidupan Engkau Agar Aku Tenang Sentiasa

Hidup ini sangat berliku sejak engkau mula lagi menjengah ke bumi...



Saat dikau mula merenung terjahan cahaya suria mahupun lampu pendaflour kediaman si bidan...



Lalu dikau mula belajar mencelikkan mata melayan kerenah dunia yang kelihatan indah tatkala itu...



Mula melihat dunia dari segenap sudut yang berbeza-beza dan engkau mula berasa yang engkau semakin suka dengannya...



Maka bermulalah mekarnya bibit-bibit percintaan jauh di dalam hati engkau terhadap dunia yang penuh dengan keseronokan ini...



Namun, semakin jauh engkau merenung, semakin dalam engkau menghayatinya, engkau mula berasa sesuatu yang tidak kena...dek kerana kebobrokan yang merata-rata...



yang mula membuatkan pemikiran engkau tercabar dan sering kali mengalami komplikasi dalam memilih jalan dari segenap keputusan...



Lalu engkau pun mula diajar untuk berjinak-jinak dengan langkah pengabdian dan penghambaan diri...



Mencari segala jalan dan petunjuk berdasarkan kitab yang suci...



Yang membuatkan engkau semakin menghayati dan mengenal diri...mula bergantung kepada ilahi...demi secebis petunjuk pengelak kecelakaan diri...



Sehingga engkau menjadi seorang yang berjaya...



Mula berumah tangga...



Namun cekalkanlah hati, azamkanlah diri...moga2, engkau menjadi sinar dan cahaya di celah2 kebanykan orang ramai itu...yang bermacam ragam bermacam ideologi...



agar sentiasa dipandu illahi...



dan ingatlah sahabat, sekalipun aku atau engkau tertidur, walau sebentar, sentiasalah memohon dan bertawakkal kepada ilahi, moga2 kita sentiasa berada di landasan pengabadian diri...

p/s = terutamanya buat sahabat2 ku yang bakal panjang bercuti, tetapkan hati, istiqamahkan diri...tariklah aku sekiranya kelihatan seakan-akan jauh pergi... =]

Wednesday, August 24, 2011

Kawasan SPEED TRAP!




Sengaja mahu berkongsi ilmu yang aku baru peroleh tadi, mungkin berguna buat kalian pengguna jalan raya.


KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Selamat memandu di jalan raya...

Cable Marriage That Lead to Succes (?)




Dad: I want u 2 marry a girl of my choice.

Son:No

Dad: The girl is Bill Gates' daughter.

Son: Then OK

Dad goes 2 Bill Gates

Dad: I want Ur daughter 2 marry my son.

Bill Gates: No

Dad: My son is d CEO of the World Bank.

Bill Gates: Then OK

Dad goes 2 the President of the World Bank..

Dad: Appoint my son as the CEO of Ur bank.

President:No!

Dad: He is the son-in-law of Bill Gates.

President:Then OK!

This is BUSINESS.




Thursday, August 18, 2011

LAWAK SAHUR



Mak: Misha, bangun sahur!!

Misha: owh, mama buat ho ho ho Horlick ehh??

Mak: ho ho ho hotak kau!! Bangun cepat!

Misha: ok

=p

Monday, August 8, 2011

TEGURAN DALAM KEMARAHAN


Biasalah kalau dimarah! Tak perlu takut, tak perlu gusar, tapi perlu cakna berkenaan apa yang dimarah. Semua kita di tahap manusia, bukan malaikat dan tidak maksum seperti Nabi. Tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Marah kerana sayang. Orang menyedari kesilapan kita, sedihlah kita kalau orang itu tidak menegur kita. Tegur apa kesalahan dan beri nasihat untuk penambahbaikan. Namun kadang kala, ramai antara kita yang tak makan dek saman, tak cair dengan teguran tetapi terjaga dengan penampar! Maka tampar sajalah. Maknanya marah la.


Ada beberapa jenis kategori manusia je yang tidak akan dimarah.

1. Manusia yang memang hebat dan sangat susah untuk melakukan kesalahan. Kerja tip top. Jarang sekali untuk dijumpai, ini bukan zaman Nabi.

2. Manusia yang pandai makan pandai simpan, melakukan kesalahan namun bijak menyembunyikannya, bahkan melontarkan kotoran kesalahan ke pihak lain pula.

3. Manusia yang tidak diendah orang lain. Buatlah apa sekalipun, kebaikan atau keburukan, sama ada menjejaskan diri sendiri atau tidak, tiada orang yang akan menegurnya. Manusia seperti ini sangat sedih sekali, keberadaan atau ketiadaannya langsung tidak dirasai.

Marah boleh jadi kerana sayang, marah boleh jadi kerana benci. Namun kawan-kawan, apa yang kita perlu hayati sebetul-betulnya adalah, teguran yang diterima melalui kemarahan itu. Teguran untuk kebaikan, terima segala kritikan lalu terjemahkannya dalam amal perbuatan yang menunjukkan penyesalan melalui bukti perubahan. Semestinya, perubahan ke arah kebaikan.


Marilah membudayakan amalan tegur menegur ini walaupun dalam keadaan marah sekalipun, sekiranya itu sahaja strategi yang berkesan untuk menyedarkan golongan sasaran. (golongan yang tak makan bebelan).

kool bile dimarah, jangan takut apabila melakukan kesilapan, Insya'allah ada yang akan kita pelajari...

Belum lagi dalam erti kata melakukan dosa dan kemaksiatan, WAJIB untuk kita menegur mereka yang melakukan perbuatan berkenaan. Walaupun kita sedang melakukan DOSA, masih WAJIB untuk kita menegur mereka.

Situasi menunjukkan seorang lelaki sedang berzina dengan seorang wanita, tiba-tiba berjalan seorang wanita yang tidak bertudung, WAJIB untuk dia menegur, "Hai perempuan tutuplah rambut mu, kerana rambut itu akan dibakar di dalam api neraka", kisah di zaman Al-Imam Al-Ghazali.

Itu kita membicarakan tentang dosa, sama lah juga dalam gerak kerja. Setiap kerja yang diterima merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak. Tidak perform dan tidak ampuh dalam gerak kerja, mintalah untuk ditegur. Bersedialah untuk ditegur. Jika dimarah, perlu sedar bahawasanya kita sebelum ini tidak menyediakan diri untuk dikritik, ego dan suka berseorangan, sebab itulah marah sahaja jalan penyelesaian.


Perubahan BERMULA dari diri sendiri. Belajarlah untuk menerima teguran dengan sebaiknya, accept critics, learn to critic.

take it positively dude...it's all begin with how you tune yourself... =]

Friday, August 5, 2011

Jangan Bertuhankan Ramadhan!


Salam wbt kepada semua yang membaca.

Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, grab all the chance untuk meningkatkan amal ibadah kita.

Recall kembali bagaimana persediaan kita menyambut syawal, sepatutnya begitulah caranya kita menyambut Ramadhan.

Terbalik pulak sekarang.

Jadilah seperti ayam serama (boleh refer entri sebelum2 ni di sini), yang memilih untuk setia dengan reban dan melupakan dahan pepohon.

Jadikan bulan Ramadhan sebagai batu loncatan untuk mengubah diri kita kepada insan yang lebih baik.

Jika kita meningkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini, Alhamdulillah.

Namun sekiranya amalan tersebut tidak berterusan selepas habisnya Ramadhan, kita rugi. Yang kita nak mengampu adalah Allah S.W.T. bukannya bulan Ramadhan.

Berpada-padalah ketika berbuka, makan untuk hilangkan lapar, bukannya untuk isi segenap ruang yang ada dalam perut.

Berusahalah untuk bersahur, tapi jangan pula Subuh dilupa, sahur bukan main special, Subuh masih gajah, dan lebih menakutkan, x sempat solat subuh pula.

Beberapa pesanan untuk semua dari saya. Mari menjadikan Ramadhan pesta ibadah, bukan tuhan untuk disembah!

=]