Friday, July 15, 2011

ASSUMPTION YANG MEMBUNUH





Lebih berbahaya dari segala jenis senjata pemusnah, lebih berbisa dari bisa gigitan King Cobra, lebih mengerikan dari sengatan Black Widow yang boleh mematikan, lebih melemaskan dari belitan ular sawa berdiameter satu pemeluk manusia, hancur luluh segala tapak dan asas, di atas kekuatan yang sudah terbina lama, segagah mana sekalipun, hampir pasti, tetap akan luluh berkecai sekiranya satu jenis sindrom pemusnah ini terus dibiarkan berleluasa. Sindrom suka membuat ASSUMPTION!!!

"Dia mesti tahu punya, nanti dia buat la, janji aku buat kerja aku."

"Dia kan bos, mesti dia tahu punya apa nak kena buat, COMMON SENSE la bro"

"Kenapa la engkau tak bagi paham dulu kat dorang semua? bercelaru lagi lah alamatnya budak-budak tu, rosak...rosak....tak kan itu pun aku nak bagitau jugak"

3 contoh hobi membuat assumption dalam kalangan manusia, lebih sedih, manusia yang konon profesional!!


Kalau kita kata mereka mampu melakukan tugas mereka dengan sempurna dari setiap segala aspek, kita betul! Tapi kalau kita hanya membiarkan mereka tanpa mengambil tahu dan mengikuti progress semasa, kita salah!! Manusia tetap manusia, sebab itulah kita diciptakan untuk hidup berkelompok-kelompok. Bukannya mengkambingkan diri sendiri jauh dari gembala kambing yang lain-lain. Supaya tidak mudah diserang, diculik, dipukul dan dilemahkan oleh serigala yang sentiasa menunggu peluang mencari mangsa! Belajarlah untuk menjadi supervisor yang berkesan.



Kalau kita kata dia mesti tahu sebab perkara COMMON SENSE, kita betul!! Tapi kalau perkara-perkara yang crucial, yang penting, yang wajib, yang nak tak nak kena dijalankan juga bagi mengelak kehancuran, kegagalan, kelembapan, kelambatan, kalau perkara-perkara sebegini juga kita menyandarkan kepada COMMON SENSE, kita salah!! COMMON SENSE itu perlu dibina. Bayi yang baru lahir pun belum terbina lagi COMMON SENSE untuk makan menggunakan tangan, yang mana kanan lebih suci, kiri tangan 'basuhan'. Mana mungkin kita boleh mengharapkan seorang operator kilang yang baru untuk sudah mampu menguruskan syarikat umpama Trump tegar?! Belajarlah membentuk common sense yang matang dan sentiasa selaraskan COMMON SENSE kepada yang benaran!



Kalau kita berusaha untuk mengkaji apa perkara yang perlu dibuat bagi menjayakan sesuatu perkara, kita betul!! Tapi kalau kita kata semua orang tahu apa yang kita tahu hasil dari usaha kita untuk ambil tahu itu, kita silap!!! Kita lebih berpengalaman, kita tahu apa yang perlu untuk menjayakan sesuatu perkara dari setiap aspek pekerjaan, tiba-tiba kita kata,

"huk'aloh, apesal tak buat macam ni hari tu?aku tak senang la bila orang dok kate gini gitu!!!kan dah tak dapat..." errr, jawapan orang tu kepada kita, " aku dah cuba yang terbaik, tapi tak terpikir pun tang yang tu, maaf la"...

persoalannya, kita tahu, kita sedar lama, kita dengar dari macam2 orang, kita jadi risau, yang kita mendiamkan diri tu mengapa? Belajarlah untuk tegur secara berkala dan kerap, bukannya kumpul sedikit demi sedikit demi sedikit demi sedikit dan POMMMM!!!!





p/s = jauhi assumption, ramai yang dah terkorban...umat islam kalah perang uhud pun sebab assume dah menang dan assume arahan Nabi untuk stay di Bukit Uhud dah habis...belajar membezakan confidence dan over confidence...








Boy Giving Blood



There was a story of a little girl named Liza who was suffering from a disease and needed blood from her five-year-old brother, who had miraculously survived the same disease and had developed the antibodies needed to combat the illness. The doctor explained the situation to her little brother, and asked the boy if he would be willing to give his blood to his sister. I saw him hesitate for only a moment before taking a deep breath and saying,

"Yes, I'll do it if it will save Liza."

As the transfusion progressed, he lay in bed next to his sister and smiled, as we all did, seeing the color returning to her cheeks. Then his face grew pale and his smile faded. He looked up at the doctor and asked with a trembling voice, "Will I start to die right away?" Being young, the boy had misunderstood the doctor; he thought he was going to have to give her all his blood.


retreived from friends

Tuesday, July 12, 2011

BESI MANA BOLEH TERAPUNG




Berjiwa besar dan bercita-cita jauh. Bunyi seperti perkara yang biasa dan selalu dilakukan. Namun pada hakikatnya, mereka yang berjiwa besar ini sering dipandang serong atau 'gila' oleh masyarakat sekeliling. Jika kita bercita-cita untuk menjadi sekaya Donald Trump, sehebat Bill Gate, sewara' Dr. Yusuf al-Qardhawi, silakan lah.

Bunyi memang mustahil dan 'gila', namun apa yang kita kecapi pada hari ini juga pada waktu dahulu dianggap mustahil untuk direalisasikan. Kewujudan kereta yang mampu bergerak tanpa kuda atau lembu menariknya di hadapan pada hari ini sudah semestinya dianggap mustahil pada masa lama dahulu. Jika ada orang yang hidup pada zaman batu hidup kembali dan menyaksikan dunia hari ini, tentu dia menyangka bahawa dia adalah 'gila'.


Ketika mana idea untuk membuat kapal daripada besi timbul, orang yang membawa idea ini digelar gila oleh orang ramai kerana besi mana boleh terapung atas air.

p/s = ulasan daripada perbincangan manusia yang bercita-cita besar dan dianggap gila!



Sunday, July 10, 2011

Ini Kisah Rakyat Malaysia (Bace, x nyesal) : BERSIH 2.0


Instead of aku dan korang2 membahaskan pasal politcal view masing2, cube bukak link2 kat bawah ni dan tengok bagaimana BERSIH 2.0 ni menyatukan mereka yang berlainan kaum...
ni baru 1Malaysia yang harmoni instead of 1Malaysia yang nak tarik undi...






pandai-pandai lah anda explore...saya bangga menjadi rakyat Malaysia...

p/s = kite fikir kesatuan sesame masyarakat di Jepun ketika gempa bumi hanya possible berlaku di sana sahaja...tapi hari ini, kita meyaksikan, bahawa Malaysia juga sama...ini bukan political view, tp nak share dan bawak semua untuk hayati kisah yang berlaku dalam erti kata integrasi antara kita melayu, cina, india, Malaysian....ayuh saksikan, bagaimana kita menjadi sedar untuk bersatu...

Saturday, July 9, 2011

Lambakan Vantage Point Satu Rahmat






Perkembangan sosio-politik dan sosio-budaya sesuatu negara akan menjadi perlahan dan seterusnya hilang apabila tiada usaha untuk memurnikan dan memartabatkannya. Hal ini boleh terjadi apabila tiadanya kuasa ke dua dalam sesuatu kerajaan itu yang berperanan sebagai 'check and balance' kepada kerajaan yang memerintah.


Lambakan pendapat yang datang dari pelbagai sudut, tidak kira emosi, intelektualiti mahupun parti, ianya tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu kemudaratan yang menghakis demokrasi yang annoying.

Sebaliknya, tapisan yang berlandaskan 'common sense' akan sentiasa terjadi terhadap lambakan pendapat itu tadi yang seterusnya berupaya menghasilkan satu 'outcome' yang sangat tajam, kritikal dan munasabah bagi semua pihak. Lalu, menyuburkan lagi roh demokrasi dalam menyuarakan pendapat masing-masing tidak kira apa fahaman sekalipun. Yang penting, analisa terhadap pendapat masing-masing melalui feedback pihak-pihak lain yang bakal mengetuk sedarkan kita dan membuka perspeltif yang lebih meluas dan jelas.


Lalu, mengapakah timbul isu manusia yang suka memberontak?

Lalu, mengapa timbul juga isu manusia yang 'anti-establishment'?

Lalu, mengapa timbul kes berkenaan usaha untuk mematikan suara-suara yang berperanan sebagai medium 'check and balance' yang merdu ini?

Sedarlah, yang timbul adalah kesedaran. Bukan sahaja melalui 'one-sided view' tetapi melalui analisa terhadap lambakan 'vantage point', kecaknaan terhadap drama semasa yang sering bermain di media-media yang bersumberkan daripada pelbagai sudut pandang. Yang akhirnya kita mahu, kualiti terhadap pengakhiran pemerhatian hujah, yang membentuk satu perspektif bijak akal, bukan ikut nafsu, yang akhirnya mencorakkan pemikiran dan percambahan sosio budaya dan sosio politik sesebuah negara itu.


Konflik Neutraliti Dalam Demokrasi Malaysia




Daripada ucapan bekas PM Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kita boleh baca di bawah (yang bernombor 7), jadi tak perlulah kita pelik, persoalkan, menentang dan apa-apa sahajalah berkenaan BERSIH 2.0 yang mana kita boleh lihat, pihak polis, yang bersikap neutral ini sebenarnya tengah 'berbakti' kepada kerajaan sebenarnya.

Inilah situasi sebenar istilah neutral di dalam demokrasi negara Malaysia. Kepada pihak Pakatan Rakyat, buatlah apa-apa sekalipun, polis pasti menentang anda. Demokrasi itu hanya applicable untuk bernafas sekiranya bait-bait tuntutan keadilan yang anda dilaungkan berada dalam radius keselesaan kerajaan yang memerintah.


7. Perkhidmatan awam negara ini adalah merupakan kerjaya yang berterusan kepada anggota-anggotanya. Ini bermakna perkhidmatan awam negara ini kekal walaupun berlaku perubahan-perubahan di dalam tampok pemerintahan negara. Konsep neutraliti dalam perkhidmatan awam hendaklah dihayati sepenuhnya oleh anggota-anggota perkhidmatan PTD. `Neutral' bermakna mereka mentaati dan patuh kepada Kerajaan yang memerintah. Neutraliti di dalam perkhidmatan awam juga ditunjukkan melalui tindakan-tindakan dan perlakuan yang sejajar dengan dasar, arahan dan kehendak Kerajaan atau parti pemerintah yang berkuasa. Saya ucapkan terima kasih kepada PTD yang telah memberikan contoh yang amat baik dan paling bermakna di dalam konsep neutraliti ini. Anggota-anggota PTD sejak dahulu lagi telah menghayati dan mengamalkan konsep neutraliti ini. Walau bagaimanapun pada akhir-akhir ini ada bibit- bibit yang menunjukkan ada di kalangan kakitangan awam yang bertindak bertentangan dengan konsep neutraliti ini. Perkara ini hendaklah diatasi dengan memberikan kefahaman yang sepenuhnya mengenai konsep neutraliti ini di kalangan kakitangan Kerajaan terutamanya anggota- anggota perkhidmatan PTD sebagai peneraju utama pentabdiran awam. Perkhidmatan PTD seharusnya terus memberikan contoh yang terbaik dan dapat memberikan pemahaman aspek-aspek neutraliti ini kepada anggota- anggota perkhidmatan lain.


Ini merupakan ucapan yang disampaikan oleh Pak Lah pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 16/11/2000. Lama dulu.

p/s = bukti kenape kes2 yang berlanjutan di mahkamah antara kerajaan dan pembangkang tak akan pernah selesai dek kerana pentadbir yang bersikap 'neutral'...


sumber:

Monday, July 4, 2011

XPDC - Semangat Yang Hilang

XPDC

Semangat Yang Hilang


( 1 )
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

( 2 )
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

( 3 )
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

( korus )
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

( ulang korus )

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

( solo )

( ulang 2, 3 dan korus )

Politik Yang Flagrant


Ianya di depan mata anda....

Apa yang kita faham mengenai politik? apakah pandangan kita mengenai politik? apakah hujah kita sama ada menolak atau menerima politik? Ini hujah saya...

It's all about persepsi!!! dan ini adalah persepsi saya!!!

Setiap sesuatu perkara yang memerlukan kita berfikir, menganalisa, membuat keputusan, melakukan tindakan berdasarkan pilihan, SEMUANYA adalah politik...

Yang membezakan nilai sesuatu politik itu adalah sama ada ANDA bijak atau tidak bijak dalam berpolitik...


Keputusan anda untuk membuka blog Raja dan Kuda ini adalah politik, keptusan anda untuk membaca entri ini adalah politik...

Mari kita selusuri contoh yang lebih mudah. Anda adalah seorang penceramah dan dihadapan anda terdapat ratusan pelajar yang sedang mengikuti ceramah anda. Sedar atau tidak anda sedang berpolitik. Scene menunjukkan para pelajar yang mengikuti ceramah anda masing-masing sedag menguap. Jadi anda perlu membuat keputusan apakah langkah seterusnya yang perlu and lakukan.

Sekiranya anda memilih untuk meneruskan ceramah, POLITIK anda tidak bijak!!! Anda noob dalam berpolitik bersama pelajar anda.

Sekiranya anda berhenti atau menukarkan kepada sesuatu aktiviti yang lebih menarik seperti membuat tayangan video atau mengajak para pelajar bersama-sama membaca blog Raja dan Kuda, anda bijak dalam berpolitik!!!
(kalau blog RajadanKuda ni menghilangkan ngantuk la)


Politik adalah segala-gala yang, melibatkan diri anda dalam membuat keputusan. Dan outcome itulah yang mencerminkan hasil tindakan anda yang akan mempengaruhi keadaan persekitaran
sama ada dalam kwalan anda atau pun sebaliknya. Politik is a matter of winning and controlling a situation, depends on your act of making decision.

Bukankah benar politik itu FLAGRANT???

Sunday, July 3, 2011

UTP staff promotion and transfer

PROMOTION








































TRANSFER


































p/s = Info untuk student UTP yang belum tahu, lepas ni banyak nak berurusan dengan mereka. Semoga bermanfaat.

source : elerning.utp.edu.my